Resepi Sandwich Ayam Mayonis Yang Sedap

Buat Sandwich Simple

Bahan-bahan Sandwich Ayam

  • Roti Keping (Disyorkan guna roti yang berkualiti seperti Gardenia atau High 5)
  • 500 gram isi ayam (Boleh gantikan dengan daging ayam kisar Ramly)
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • Sos tiram dan sos lada hitam secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit air

 

Bahan-bahan Salad Sandwich

  • Tomato, timun dan apa-apa sayur kegemaran seperti daun salad/lettuce
  • Mayonis
  • Keju Keping (Cheese)

 

Cara Buat Sandwich Ayam Mayonis Yang Sedap

  1. Rebus isi ayam dengan api yang kecil supaya ayam masak dengan perlahan-lahan. Tujuan menggunakan api yang kecil adalah supaya isi ayam tidak menjadi terlalu keras apabila sudah masak nanti.
  2. Apabila sudah masak, toskan isi ayam tadi. Racik semua isi ayam menjadi kecil.
  3. Kemudian, panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Tumis bawang besar sampai naik bau.
  4. Tambahkan garam, sos lada hitam dan sos tiram mengikut citarasa. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.
  5. Kacau sehingga kering. Sekarang, siaplah inti sandwich.
  6. Campurkan daging ayam yang telah dimasak tadi bersama salad yang dah dipotong kecil. Gaulkan dengan mayonise hingga sebati.
  7. Sapukannya di atas roti.
  8. Boleh tambah keju/cheese untuk sandwich yang lebih sedap.
  9. Sandwich ayam mayonis siap untuk dimakan.

Sandwich Sedap Buat Sandwich Simple


Carian Berkaitan

resepi sandwich, resepi sandwich ayam, resepi sandwich cheese, resepi sandwich sedap

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara buat sandwich #resepi sandwich cheese #resepi sandwich sedap

Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Mudah & Sedap
Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Sedap. Menarik bukan tajuknya? Sebut saja sandwich tentu
Cara Memasak Telur Dadar Yang Mudah & Sedap
Masakan Telur Dadar memang digemari hampir semua orang. Bukan sahaja kosnya murah malahan rasanya
Resepi Tteokbokki Korea Yang Popular
Sekiranya anda adalah penggemar drama Korea ataupun peminat KPOP ataupun peminat Running Man
Resepi Daging Goreng Berempah
Daging goreng sememangnya antara menu makanan yang sedap jika dimakan begitu saja dengan