Resepi Sotong Kangkung Yang Mudah

Sotong Kangkung

Anda ingin makan sotong kangkung? Rasa kangkung yang segar, sotong yang lembut dan sos yang manis-manis pedas ditambah pula dengan taburan kacang yang rangup memang membangkitkan selera. Tak susah nak membuat snek yang sihat ini sendiri di rumah. Mari lihat resepi sotong kangkung yang cukup mudah ini.

Bahan-bahan Resepi Sotong Kangkung

Untuk membuat sotong kangkung:

  • 1 cekak kangkung
  • 2 ekor sotong kembang saiz sederhana
  • Kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
  • Bijan secukupnya, digoreng tanpa minyak

Untuk membuat sos:

  • 4 sudu besar otak udang
  • 2 sudu besar sos hoisin (jenama LIFE)
  • 2 sudu besar penuh sos plum (jenama LIFE)
  • 1 sudu besar kicap pekat JALEN
  • 4 – 5 biji cili padi merah, ditumbuk halus
  • 2 – 3 sudu besar air panas
  • Gula jika perlu

Cara Membuat Sotong Kangkung

Untuk membuat sos:

  1. Satukan semua bahan untuk membuat sos kecuali gula dan air panas di dalam mangkuk.
  2. Kacau rata dan masukkan air panas.
  3. Kacau hingga sebati, rasa dan jika perlu masukkan sedikit gula.

Untuk membuat sotong kangkung:

  1. Bersihkan kangkung dengan mengasingkan batang dan daunnya, kemudian cuci dan toskan.
  2. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan sedikit minyak masak.
  3. Celur batang kangkung hingga lembut, angkat dan toskan.
  4. Kemudian celur pula daun kangkung hingga lembut, angkat dan toskan.
  5. Kelar sotong kembang dan potong kecil-kecil.
  6. Perap sotong dengan jus limau kasturi selama 10 minit, kemudian cuci dan toskan.
  7. Didihkan air, masukkan sotong tadi dan celur selama 1 minit. Tos dan biarkan sejuk.

Untuk menghidang dan makan:

  1. Ambil secukupnya kangkung yang telah dicelur dan letakkan di dalam pinggan sesuai.
  2. Tambahkan sotong kembang di atasnya.
  3. Siramkan dengan sos secukupnya.
  4. Taburkan dengan kacang tumbuk dan sedikit bijan.

Selamat mencuba!

Kredit: tiffinbiru.com


Carian Berkaitan
cara membuat sambal sotong kangkung, kangkung sotong, resepi kangkong sotong sedap dan mudah

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
FoodPanda Kurangkan Caj Penghantaran Makanan Bagi Tahun 2019
FoodPanda merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan terus
20 Resepi Masakan Daging [Part 2]
Sudahkah anda mencuba 10 resepi daging yang telah saya share di post sebelum
20 Resepi Masakan Daging [Part 1]
Berikut adalah himpunan resepi masakan daging yang sedap-sedap. Resepi ini dikumpulkan dari sumber-sumber
Resepi Sardin Kentang, Citarasa Versatile
Ikan sardin masak apa sedap? Ikan sardin dalam tin sememangnya sedap dimakan tidak
  1. author

    intan6 months ago

    Saya rasa sotong kang

    Reply

Leave a reply "Resepi Sotong Kangkung Yang Mudah"