Langgan newsletter kami!
Sup Ayam Mendidih

Resepi Sup Ayam Yang Sedap, Mudah & Simple

Sup ayam atau ‘chicken soup‘ merupakan antara menu masakan berkuah yang paling mudah dan simple. Bukan sahaja mudah, malah ianya sangat versatile, sedap dan digemari ramai.

Ia sangat sesuai dimakan bersama nasi, pasta atau dicicah dengan roti. Ia juga sedap dimakan untuk santapan tengah hari atau makan malam bersama lauk pauk kegemaran seperti sayur-sayuran, daging atau ikan.

Malahan kanak-kanak juga amat menyukainya disebabkan rasa yang ‘plain’ dan tidak ‘heavy’. Sup ayam juga selalu dijadikan sebagai ‘menu orang sakit’ kerana ia biasa dihidangkan di wad hospital.

Jika anda sedang mencari cara memasak sup ayam, jom kita lihat bahan-bahan dan langkah penyediaan seperti di bawah. Memang betul-betul terasa rempahnya.

Bahan-bahan

  • 1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 3 biji kentang (dipotong 4 atau 6)
  • 1/2 biji lobak merah / carrot
  • 4 biji bawang merah / kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 bungkus sup bunjut Adabi
  • sedikit minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 6 cawan air
  • daun sup (dihiris)
  • daun bawang

Cara Memasak

  1. Ambil periuk dan panaskan minyak terlebih dahulu.
  2. Tumis bawang merah, putih dan halia yang telah ditumbuk.
  3. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau.
  4. Masukkan air, ayam, kentang, carrot dan sup bunjut Adabi.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Biarkan pada api sederhana selama setengah jam.
  7. Siap dan sedia untuk dihidang!
  8. Sewaktu menghidang, tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Tips Untuk Lebih Sedap

  • Untuk masakan yang lebih sedap dan lebih terasa aroma ayam, masukkan kiub pati ayam. Gunakanlah stok ayam tanpa MSG untuk pilihan yang lebih sihat.
  • Rasa sup akan lebih sedap pada hari berikutnya, menjadikan ia hidangan yang amat baik disimpan jika ada lebihan.
  • Kepada yang suka pedas, makan sup ayam dengan nasi dan sambal belacan atau tambahkan cili padi yang telah siap dipotong semasa menghidang.
  • Anda juga boleh tambahkan bebola ayam ke dalam sup untuk kepelbagaian rasa.
  • Sup ini sedap dimakan dan dihirup ketika masih panas, jadi jangan biarkan ia sejuk tau!

Sup Ayam MendidihKiub Pati Ayam Tanpa MSG

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: