Langgan newsletter kami!
Kuih Wajik Pulut Manis

Resepi Wajik (Pulut Manis)

Kuih wajik yang juga dikenali sebagai pulut manis atau nasi manis adalah makanan pemanis mulut yang kebiasaannya dihidangkan pada majlis perkahwinan atau hari raya. Wajik biasanya dimasak bermusim kerana ia kurang sesuai dimakan pada hari-hari biasa kerana rasanya yang tersangat manis dan diperbuat daripada beras pulut.
 

Bahan-bahan Wajik

  • 7 pot beras pulut (rendam selama 5 jam dan kukus)
  • 1 kg gula
  • 1/2 kg gula merah
  • 1 cawan air
  • 4 santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan (diikat simpul)

 

Cara Memasak Wajik

  1. Masukkan gula, gula merah, daun pandan dan air ke dalam periuk atau kuali.
  2. Masak sehingga gula larut dan kemudian tapis.
  3. Masukkan santan dan sambung masak sehingga pekat.
  4. Masukkan pulut yang telah dikukus dan kacau rata. Gaul sehingga sebati dan berkilat.
  5. Sejukkan dan potong dahulu sebelum dihidang.

Kuih Wajik Pulut Manis

Cara Memasak Wajik

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Patutla manis banyakknye guna gula mak nur dulu suka makan wajik nih tapi bila umur da meningkat da makin kurang makan sebab nak jaga kesihatan kan. Kalau kat jb ni wajik ikat comel2 dalam plastik pastu letak kat bunga paha dulu2 selalu nmpk bila kite pegi majlis kawin. Rasanya sekarang macam da kurang bt gitu. Org lbh senang letak telur kan. Terima kasih kongsi resepi manisan tradisional ni at least orang akan ingat dan tak dilupakan 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: