Sebab Mengapa Hendak Menjadi Pengawas PSS (Pusat Sumber Sekolah)

Pengawas Sekolah

Beri Sebab Mengapa Hendak Menjadi Pengawas PSS

Saya berminat menjadi sebagai seorang pengawas PSS kerana di pusat sumber terdapat banyak bahan bacaan. Di samping itu, saya dapat mengetahui informasi yang baharu dan terkini. Saya juga ingin menjalankan tugas saya dengan penuh semangat dan dedikasi. Temuduga ini adalah sebuah peluang yang baik untuk saya dan saya berjanji akan memikul tugas ini dengan penuh amanah, jujur dan penuh tanggungjawab.

Catatkan Tugas Seorang Pengawas PSS

  • Membantu memproseskan buku seperti megecop, melabel dan sebagainya.
  • Menjalinkan hubungan yang baik dengan para pengunjung.
  • Membaikpulih bahan-bahan yang rosak seperti membalut buku dan sebagainya.
  • Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah dan juga guru-guru PSS.
  • Membersihkan PSS supaya sentiasa berada dalam keadaan kemas.
  • Membantu dalam pengedaran bahan buku seperti meminjam dan memulang.
  • Membantu dalam menyusun buku-buku di dalam rak buku dengan rapi.
  • Menjalankan tugas -tugas lain yang dirancang oleh guru PSS dari semasa ke semasa.

Cadangkan Cara Untuk Mempertingkatkan PSS

  • Memperbanyakkan bahan bacaan dan rujukan. Pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan akhbar.
  • Menambah komputer dengan kemudahan Internet bagi memudahkan murid-murid membuat rujukan.
  • Mengadakan pertandingan nilam bagi meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Pertandingan nilam seperti bahan-bahan bacaan berunsur fiksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahan bacaan bukan fiksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berupaya mendorong murid-murid mengunjungi pusat sumber sekolah.

Sumbangan Anda Jika Terpilih Sebagai Pengawas PSS

Saya akan membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh guru-guru PSS. Saya juga akan membantu pengawas-pengawas PSS yang lain untuk membuat kerja dengan lebih cepat dan mudah. Di samping itu, saya juga akan memastikan suasana yang kondusif di pusat sumber sekolah agar murid-muris dapat menambah ilmu pengetahuan dalam keadaan yang selesa.

Jika Anda Tidak Dipilih Sebagai Pengawas PSS, Apakah Langkah Anda Seterusnya?

Saya tidak akan putus asa dan akan berusaha dengan lebih keras. Saya juga berharap cikgu akan memilih saya sebagai seorang pengawas PSS pada masa yang akan datang.


Carian Berkaitan
sebab ingin menjadi pengawas pusat sumber

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara Online Dan SMS
Cara semak result keputusan UPSR secara online | Untuk calon dan murid yang
Tips Soalan Temuduga Pengawas Sekolah
Menjadi pengawas sekolah merupakan satu pencapaian bagi seorang murid atau pelajar sekolah. Ini
SAPS Ibu Bapa Login: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
SAPS Ibubapa ataupun Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Garis Panduan Potongan Rambut Pelajar Sekolah
Beberapa hari lagi, sekolah akan dibuka untuk sesi persekolahan yang baru. Tentu saja

Leave a reply "Sebab Mengapa Hendak Menjadi Pengawas PSS (Pusat Sumber Sekolah)"