Sebab Setiap Kereta Perlukan Brek ABS (Anti-lock Braking System)


Apa Itu ABS (Anti-lock Braking System)

Sistem Anti-lock Braking System (ABS) merupakan satu sistem keselamatan kereta yang membolehkan roda kenderaan bermotor mengekalkan sentuhan cengkaman dengan permukaan jalan mengikut input pemandu ketika membrek bagi mencegah roda daripada terkunci (berhenti berputar) serta mengelakkannya daripada hilang kawalan akibat tergelincir.

Cara Kerja ABS

Ketika seseorang pemandu itu menekan brek, sistem ABS akan menetapkan aliran minyak brek yang disalurkan kepada kedua-dua paksi penggerak yang diatur oleh sistem komputer / ECU dan seterusnya mengelakkan kereta daripada tergelincir.

Ia merupakan sistem automatik yang menggunakan prinsip pembrekan seimbang yang sering dipraktikkan oleh pemandu mahir dengan sistem brek generasi terdahulu. Ia melakukannya dengan kadar yang lebih cekap, lebih pantas dan kawalan lebih baik daripada apa yang dapat dilakukan oleh pemandu.

Car With ABS vs Without ABS (Anti-lock Braking System)

ABS secara amnya menawarkan kawalan kenderaan yang lebih baik serta memendekkan jarak membrek pada permukaan kering dan licin bagi kebanyakan pemandu. Walau bagaimanapun, bagi permukaan jalan yang longgar seperti permukaan batu kerikil serta bersalji, ABS boleh menambah jarak membrek dengan ketara namun ia masih membolehkan kenderaan itu dikawal dengan baik.

Sejak penggunaannya secara meluas dalam kereta pengeluaran, sistem brek cegah kunci telah pun berevolusi dengan ketara. Versi terkini bukan sahaja mencegah roda daripada terkunci, malah ia turut mengawal kecenderungan kuasa membrek secara elektronik. Fungsi ini, bergantung kepada keupayaan spesifik dan implementasinya, juga dikenali sebagai Electronic Brakeforce Distribution (EBD), sistem kawalan cengkaman, bantuan brek kecemasan, atau Electronic Stability Control (ESC).

Untuk, pemahaman lebih jelas tentang ABS, rujuk video di bawah:

Sumber Video: Proton


Carian Berkaitan

fungsi abs kereta, kawalan elektronik sistem abs pada kereta, with abs vs with no abs

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #Fungsi ABS #Kereta dengan ABS vs Tanpa ABS

Senarai Kereta Malaysia Paling Jimat Minyak
Orang Malaysia memang sensitif tentang minyak petrol. Sebab itu harga minyak sekarang ditentukan
Semakan Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES Secara Online
Anda mahu check berapa kali anda telah kena saman? Tentunya sepanjang pemanduan, anda
Panduan Lengkap Cara Buat Duit Dengan Uber
Perkhidmatan Uber kini menjadi satu fenomena baru dalam sistem pengangkutan di bandar-bandar besar
Proton Wira Mendahului Carta Kereta Paling Banyak Dicuri
Laporan terkini yang dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM) menunjukkan secara