Langgan newsletter kami!
BN Vs Pakatan Harapan

Seloka PRU 14

Banyak perbezaan antara 3 pasukan pesaing yang terhebat dalam Liga Super PRU 14.

BN United, juara bertahan selama 13 musim berturut-turut sejak daripada nama asal Perikatan FC lagi kali ini berdepan dengan cabaran paling sengit kerana terpaksa berdepan dua pasukan pesaing yang berbeza.

Pasukan baru, Pakatan Harapan FC yang diterajui Alex Dir Ferguson jelas serius ingin merampas kejuaraan.

Manakala pasukan underdog PAS FC tidak boleh dipandang lekeh kerana pasukan ini mempunyai semangat juang yang tinggi dan penyokong ultrasnya yang padu.

BN united yang diterajui Ryan Jibbs, bekas anak didik Alex Dir Ferguson nampak bermasalah selepas menjuarai Liga Super PRU 13 dahulu. Mereka menyingkirkan ramai pemain regular mereka termasuk penyerang berbisa Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz yang kini bermain pasukan Pakatan FC.

Tapi menjelang kick-off kejuaraan, mereka semakin stabil, barisan pertahanan nampak semakin mantap walaupun kadang-kadang mudah lolos. Jika dahulu kekuatan mereka dengan dua sayap kanan dan kiri, tapi kali ini sayap kiri Sharizat sangat leweh, larian slow dan tiada crossing tepat.

Sayap kanan Khairi masih lagi konsisten sebagai senjata utama mereka. Striker mereka secara tradisi kekal bahaya.

Pakatan FC pula, begitu galak membeli bekas pemain bahaya lawan. Mereka nampak mantap terutama barisan serangan.

Mereka pasti akan bermain taktikal menyerang bertubi-tubi, attacking midfielder dan striker yang hebat dibawa masuk daripada BN United. Winger pulak mantap, Husam dan Mat sabu aggresif tapi mudah dapat kad merah. Striker Lim Guang Eng, Azmin dan Muhyiddin sangat bahaya sekali.

Kelemahan utama Pakatan Harapan FC adalah barisan pertahanan. Mereka langsung tak fokus memperkuat barisan pertahanan. Mereka pasukan yang tahu menyerang saja.

Satu lagi, penyokong mereka tidak padu walaupun ramai, mereka mudah boo pemain sendiri dan berpotensi berpaling tadah kerana pasukan baru biasanya sebegitu.

PAS FC, pasukan ini bergantung kepada taktikal counter-attack Marcelo Hadi Lippi.

Semangat juang pemain dan penyokong sangat luar biasa. Ramai penyokong lawan mencemburui ultras PAS yang menyokong tanpa henti hingga wisel penamat.

Kelemahan mereka adalah taktikal tapi semangat all-out mereka boleh mengatasi kekurangan taktikal mantap.

Mereka juga ada ramai pemain muda yang berskill tinggi, kehilangan pemain senior seperti Mat Sabu, Mahfuz, Husam dan lain lain semakin menguatkan pasukan ini.

Selamat berjuang kepada semua pasukan.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: