Langgan newsletter kami!
Gaji Dah Masuk

Semak Gaji Kakitangan Kerajaan Secara Online Melalui e-Penyata Gaji

e-Penyata Gaji atau e-Gaji merupakan satu cara yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Kerajaan Persekutuan menyemak penyata dan slip gaji secara online. Ia adalah sistem yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) yang semestinya memudahkan penjawat awam menyemak gaji bulanan mereka.

Dengan pengenalan sistem e-Penyata Gaji  ini, tiada lagi penghantaran slip gaji secara hardcopy (cetakan kertas). Anda boleh semak dan cetak slip gaji anda sendiri melalui online sahaja.

Banyak kelebihan e-Penyata Gaji secara online antaranya:

  • Tiada lagi masalah salinan slip penyata gaji hilang
  • Tiada lagi masalah slip gaji tertinggal, lupa fotostat dan sebagainya semasa hendak memohon pinjaman bank
  • Tiada lagi masalah lewat menerima slip gaji
  • Tiada lagi masalah pembaziran kos cetakan kertas oleh pihak kerajaan
  • Semakan gaji boleh dilakukan pada bila-bila masa, walaupun belum sampai hari gaji!

 

Klik untuk Semakan e-Penyata Gaji Online menggunakan No. KP / No. Pasport.

Cara Semak Penyata Gaji Penjawat Awam Online

https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

E Penyata Gaji Anm Login Page

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. senang la org gomen nk check.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: