Semakan Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES Secara Online

Saman Polis

Anda mahu check berapa kali anda telah kena saman? Tentunya sepanjang pemanduan, anda mungkin pernah melakukan kesalahan trafik seperti speed trap, melanggar lampu isyarat mahupun mengubahsuai kenderaan tanpa tidak mengikut spesifikasi yang menyebabkan anda dikenakan saman oleh polis PDRM dan JPJ. Mungkin juga anda secara tidak sengaja memandu melebihi had laju lantas dirakam oleh kamera AES!

Jadi di sini kami akan kongsikan dengan anda cara semak saman PDRM atau JPJ secara online. Di samping menyemak saman, anda juga boleh terus bayar saman melalui sistem MyEG dan Rilek. Mudah bukan?

Berikut adalah cara semak saman secara online melalui portal MYeG dan Rilek.

Semak Saman Online Melalui MyEG

Melalui portal MyEG, anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES.

  1. Layari laman web http://www.myeg.com.my
  2. Sila daftar dahulu sekiranya anda menggunakan servis ini buat pertama kali.
  3. Setelah selesai daftar, sila login menggunakan username dan password.
  4. Setelah login, pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau PDRM Enquiry & Payment.
  5. Untuk saman AES, pilih JPJ.
  6. Masukkan nombor plat kenderaan anda dan semak sekiranya anda mempunyai saman tertunggak.
  7. Sekiranya anda mahu buat pembayaran saman,  sila cetak resit anda sebagai bukti.

Semak Saman Online Melalui Portal Rilek

Melalui portal Rilek, anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM dan JPJ.

  1. Layari laman http://www.rilek.com.my/
  2. Daftar dahulu sekiranya anda pengguna kali pertama.
  3. Login menggunakan e-mail dan password.
  4. Lakukan carian mengikut kaedah semakan yang telah disediakan.

Semak Saman Online Melalui Portal JPJ

Melalui portal JPJ, anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja termasuklah saman AES. Semakan saman AES adalah yang paling cepat dipaparkan di laman web JPJ ini.

Mudahnya semak dan bayar saman secara online. Anda tak perlu ke Kaunter Trafik COPS untuk menyemak saman.

Kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat.


Carian Berkaitan
cek saman polis melalui no plat, www rilek com my semak saman, saman speed trap online, speed trap saman

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cek saman polis melalui no plat #check saman malaysia #check saman online #myeg saman #pdrm summon #semak saman pdrm secara online #semak saman speed trap #www.rilek.com.my semak saman

Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019
Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1
Penambahbaikan Baru Pembiayaan Perumahan LPPSA
Hari ini saya nak share sedikit nota kelas Financing Executive yang dikendalikan oleh
Semak Tempat Mengundi (Nama Sekolah) Untuk PRU14
Mulai 16 April 2018 (Isnin) kita boleh buat semakan terperinci tempat mengundi untuk
Seloka PRU 14
Banyak perbezaan antara 3 pasukan pesaing yang terhebat dalam Liga Super PRU 14.

Leave a reply "Semakan Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES Secara Online"