Langgan newsletter kami!
Isi Minyak Petrol

Senarai Kereta Malaysia Paling Jimat Minyak

Orang Malaysia memang sensitif tentang minyak petrol. Sebab itu harga minyak sekarang ditentukan setiap minggu oleh pihak kerajaan. Kalau harga minyak turun tentulah ramai yang menarik nafas lega. Tapi kalau harga minyak naik?? Sekali dua naik boleh tahan sabar lagi tapi kalau dah tiap-tiap minggu naik pastinya ramai yang mula berkira-kira tentang pengurusan kewangan masing-masing. Maklumlah di zaman sekarang ekonomi kadang-kadang cuma cantik di atas kertas sahaja.

Ok berbaik pada soal minyak, tentulah kita sebagai pengguna hendak mencari kenderaan yang paling jimat minyak. Jadi ini adalah senarai kenderaan yang anda boleh pertimbangkan sekiranya anda mahu kereta yang jimat minyak. Tentunya cc kereta ataupun lebih tepat dikenali dengan saiz enjin memainkan peranan utama dan menentukan kadar penggunaan bahan api untuk sesuatu perjalanan.

Antara faktor lain yang menyumbang ke arah efisien dan jimat minyak sesuatu kenderaan itu adalah berat kereta dan keberkesanan pembakaran petrol. Di samping itu, cara pemanduan juga boleh menjadi faktor tahap penggunaan minyak sesuatu kenderaan.

Senarai Kereta Paling Jimat Minyak

Berikut merupakan senarai kereta paling jimat minyak dengan harga kereta di bawah RM100 ribu.

  1. Ford Fiesta SE with 1-liter EcoBoost M/T – 4.3 liter/100km
  2. Perodua Bezza 1.0 M/T – 4.4 liter/100km
  3. Perodua Bezza 1.3 A/T – 4.5 liter/100km with Eco Idle
  4. Perodua Bezza 1.3 M/T – 4.6 liter/100km
  5. Perodua Axia 1.0 M/T – 4.6 liter/100km
  6. Perodua Bezza 1.0 A/T – 4.7 liter/100km
  7. Perodua Axia 1.0 A/T – 4.7 liter/100km
  8. Mazda2 Skyactiv 1.5 A/T – 5.2 liter/100km
  9. Suzuki Alto 1.0 A/T – 5.2 liter/100km
  10. Mitsubishi Mirage 1.2 A/T – 5.3 liter/100km
  11. Ford Fiesta SE with 1-liter EcoBoost A/T – 5.3 liter/100km
  12. Proton Saga 1.3 M/T – 5.4 liter/100km
  13. Proton Saga 1.3 A/T – 5.6 liter/100km
  14. Kia Picanto 1.2 A/T – 5.6 liter/100km
  15. Proton Persona 1.6 M/T – 5.6 liter/100km
  16. Honda Jazz 1.5 A/T – 5.6 liter/100km

Berikut pula adalah pengiraan penggunaan minyak RON95 dengan harga petrol RM2.30/Liter bagi 100 Kilometer.

  • Perodua Axia
    21.6 Km/L (100 km = RM49.68)
  • Mitsubishi Mirage
    21 Km/L (100 km = RM48.30)
  • Mitsubishi Attrage
    21 Km/L (100 km = RM48.30)
  • Hyundai i10
    18.9 Km/L (100 km = RM43.47)
  • Honda City 2016
    17 Km/L (100 km = RM39.10)
  • Myvi 1.3
    17 Km/L (100 km = RM39.10)
  • Peugeot 208
    16 Km/L (100 km = RM36.80)
  • Volkswagen Polo Sedan
    15.4 Km/L (100 km = RM35.42)
  • Proton Iriz
    14.5 Km/L (100 km = RM33.35)

Sumber: EncikShino

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

8 comments

  1. Terima kasih bro azhan baru terlintas di kepala untuk mencari kereta yang minyaknya jimat .

  2. Maaf kiraan dibawah nampak pelik… axia patut lg murahkan utk 100km…

    • yelar kiraan 100km = tu mcm salah kiraannya, sbb dh tulis 23km/liter, tiba2 100km= 43.90 dn seterusnya. kalau masuk exam ni blh salah semua

      • Betol.. pelik gak utk 100km minyak smpai 50rm jenuh la seliter utk 21km kalo 100km bru guna lbh kurang 4L lebih kali 2.30rm minyak baru lbh kurang rm10 lbh

        • yelah, patut kira mcm ni. utk axia 100 km / 21.6 km. so dapat la average penggunaan 4.629 liter untuk 100km. so 4.629 liter x rm2.30 = rm10.646

    • 21.6 km = rm2.30
      100 km = rm x

      21.6(x) = 230
      x = 230/21.6
      x = 10.648
      :: setiap 100 km perjalanan akan menelan kos minyak sebanyak rm10.65

  3. Pengiraan ada ralat sedikit, tapi memang jimat sangat AXIA ni..

Leave a Reply to Nana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: