Langgan newsletter kami!
Anugerah Juara Lagu

Senarai Lagu Yang Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33)

Anugerah Juara Lagu (AJL) telah memasuki edisi ke-33 pada tahun ini 2018. Sebanyak 12 daripada 30 buah lagu telah berjaya di peringkat separuh akhir yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 23 November 2018 yang lalu. Kesemua lagu ini dinilai oleh barisan juri professional iaitu Dato Mokhzani, Azmeer, Faizal Uzir (Lok-U), Cat Farish, Helen Yap, Ajai dan Edrie Hashim.

Pentas minggu terakhir separuh akhir ini turut dihangatkan dengan persembahan penutup lagu Sampai Mati, Takdir dan Waktu oleh Hazama & The Penglipur Lara serta Rahmad Mega. Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) ini seterusnya akan berentap di pentas final pada 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Senarai Finalis AJL 33 (2018)

  1. Siti Sarah – Semakin
  2. Ara Johari – Bunga
  3. Syamel – Kau Pun Sama
  4. Misha Omar – Sampai Bila
  5. Hael Husaini & Dayang – Haram
  6. Khai Bahar – Luluh
  7. Altimet – Bunga
  8. Haqiem Rusli ft Amanra – Jatuh Bangun
  9. Amylea & Kaer – Tak Pernah Hilang
  10. Hael Husaini – Hajat
  11. Sufian Suhaimi – Di Matamu
  12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor – Nisan Cinta

Agak-agaknya lagu apa yang menang nanti? Sama-samalah kita saksikan nanti!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: