Senarai Lengkap Panggilan Hormat Untuk Orang Kenamaan

Yang Di Pertuan Agong Sultan Muhammad V Tabik Hormat

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, majlis makan malam, malam amal, pelancaran kempen dan sebagainya. Walaupun nampak mudah dan simple, sebenarnya tugas pengacara majlis bukanlah semudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran dan kejayaan sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis.

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tetamu yang hadir. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tetamu yang hadir mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat olehnya. Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol.

Senarai Panggilan Hormat

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

  1. Yang di-Pertuan Agong – *DYMM Seri Paduka Baginda
  2. Raja Permaisuri Agong – DYMM Seri Paduka Baginda
  3. Raja Perlis – DYMM Tuanku
  4. Sultan Kedah – Ke Bawah DYMM Al-Sultan
  5. Sultanah Kedah – Ke Bawah DYMM Tuanku
  6. Sultan Selangor – DYMM Sultan
  7. Tengku Ampuan Selangor – DYMM Tengku Ampuan
  8. Yang Dipertuan Besar – DYMM Tuanku Negeri Sembilan
  9. Tunku Ampuan – DYMM Tuanku Negeri Sembilan
  10. Sultan Pahang – Ke Bawah DYMM Sultan
  11. Sultanah Pahang – DYMM Sultanah
  12. Sultan Terengganu – DYMM Sultan
  13. Tengku Ampuan Besar – DYMM Tengku Ampuan Terengganu
  14. Al-Sultan Kelantan – Ke Bawah DYMM Tuanku
  15. Raja Perempuan Kelantan – DYMM Tengku
  16. Sultan Johor – DYMM Baginda Sultan
  17. Sultanah Johor – DYMM Baginda Sultanah
  18. Paduka Seri Sultan Perak – DYMM Paduka Seri Sultan
  19. Raja Permaisuri Perak – DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
  20. Yang Di Pertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Tuan Yang Terutama
  21. Isteri Yang Di Pertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Yang Amat Berbahagia
    *DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

  • Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
  • Isteri Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
  • Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
  • Isteri Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
  • Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berhormat
  • Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berbahagia
  • Menteri, Timbalan Menteri – Yang Berhormat
  • Isteri Menteri dan Timbalan – Yang Berbahagia
  • Tun/isteri – Yang Amat Berbahagia
  • Tan Sri/isteri – Yang Berbahagia
  • Datuk selain negeri Johor – Yang Berbahagia
  • Dato’ dari negeri Johor – Yang Berhormat
  • Raja/Tengku – Yang Mulia
  • Isteri Raja/Tengku – Yang Berbahagia
  • Panglima Angkatan Tentera/isteri – Yang Berbahagia
  • Ketua Polis Negara/isteri – Yang Berbahagia
  • Ketua Hakim Negara – Yang Amat Arif
  • Isteri Ketua Hakim Negara – Yang Amat Berbahagia
  • Hakim Besar – Yang Arif
  • Isteri Hakim Besar – Yang Berbahagia
  • Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Arif
  • Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Berbahagia
  • Peguam Negara/isteri – Yang Berbahagia
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri – Yang Berbahagia
  • Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri – Yang Berbahagia
  • Ketua-Ketua Jabatan Negeri – Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Disertakan juga panggilan hormat yang umum dan digunakan untuk penulisan surat, minit mesyuarat dan sebagainya.

  • Saudara/saudari – Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang dihormati
  • Tuan Haji/Puan Hajah – Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang telah menunaikan fardhu Haji
  • Yang dikasihi – Digunakan untuk rakan-rakan
  • Yang dihormati – Digunakan untuk ibu bapa, pengerusi majlis
  • Yang Berbahagia – Digunakan untuk golongan kehormat seperti pengetua, ustaz , guru besar
  • Yang Berusaha – Digunakan untuk Pengarah / Ketua jabatan
  • Yang Arif – Digunakan untuk hakim
  • Yang Amat Arif – Digunakan untuk Tuan Hakim Negara (dalam situasi formal di mahkamah)
  • Tuan, Encik – Digunakan untuk orang lelaki yang dihormati
  • Puan – Digunakan untuk orang perempuan yang dihormati
  • Yang Berhormat – Digunakan sebagai panggilan untuk ahli politik

Carian Berkaitan
contoh ayat menggunakan kata panggilan hormat, gelaran dan panggilan hormat, panggilan kehormat

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #panggilan hormat #Salutasi Majlis Rasmi

Ibu Kongsi Petua Jadikan Anak Pemalu Jadi Cemerlang Dalam Pelajaran
Status ini bukan untuk riak, jauh sekali nak canang kepandaian anak atau apa
5 Tanda Anak Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayah
Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia
Himpunan Pantun Penyeri Majlis
Pantun adalah satu puisi Melayu yang mempunyai dua baris yang mempunyai ikatan berirama
Contoh Teks Pengacara Majlis Persaraan Guru
Teks Ucapan Emcee Majlis Persaraan Cikgu Carian Berkaitanteks pengacara majlis persaraan, pengerusi majlis

Leave a reply "Senarai Lengkap Panggilan Hormat Untuk Orang Kenamaan"