Langgan newsletter kami!

Senarai Pemilik Nombor Jersi Baru Manchester United 2016-2017

REVEALED: 2016-2017 New Manchester United Squad Number.

Akhirnya senarai pemilik nombor jersi baru Man United bagi musim 2016-2017 didedahkan!

No 9 akan digunapakai oleh Zlatan Ibrahimovic yang mengesahkan statusnya sebagai penyerang utama #mufc bagi musim 2016-2017. No 9 sebelum ini dipakai oleh Anthony Martial yang telah berpindah ke no 11, membayangkan dia akan mengisi peranan utama di sebelah kiri. Sementara no 7 kekal untuk Memphis Depay sementara no 8 kekal untuk Juan Mata walaupun timbul desas-desus yang dia akan dijual oleh Jose Mourinho.

No 6 masih lagi kosong berikutan desas desus hangat yang mengaitkan perpindahan pemain sensasi Perancis, Paul Pogba kembali ke Old Trafford yang mungkin akan memecahkan nilai perpindahan pemain termahal dunia dengan nilai anggaran sebanyak 100 juta pound.

Pemain baru Man United, Henrikh Mkhitaryan akan menyarung jersi no 22 iaitu no yang sama digunakan ketika di Ukraine semasa awal pembabitannya dalam bola sepak. Sementara seorang lain pemain baru, Eric Bailly akan menggunakan jersey no 3 dan dikhabarkan akan menjadi antara pemain pertahanan utama Man United bagi musim 2016-2017.

Berikut adalah Senarai Penuh Pemilik Nombor Jersi Baru Manchester United 2016-2017.

2016-2017 New Manchester United Squad Number

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: