Langgan newsletter kami!
Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 2017

Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 2017 (GV4)

Senarai peserta Gegar Vaganza 4 2017 (GV4) telah dikeluarkan pada sidang media program tersebut baru-baru ini. Program ini akan bermula pada 29 Oktober 2017 dan bakal menggegarkan malam minggu anda. Waktu tayangannya adalah pada setiap hari Ahad bermula jam 9.00 malam hingga 12.00 malam.

Antara yang turut menyertai program ini termasuklah mempunyai wakil dari negara Indonesia iaitu Firman dan Ferhad dari Singapura. GV4 ini akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Juara Gegar Vaganza 4 ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Manakala tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Berikut ialah senarai penuh peserta yang akan bertanding bagi GV4 musim 2017 ini.

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 2017 (Musim Ke-4)

  • Aishah
  • Aqasha
  • Elyana
  • Ferhad (Singapura)
  • Firman (Indonesia)
  • Haida Hafiz
  • Hazami
  • Lan Kristal
  • Liza Hanim
  • Raja Azura
  • Syura Badron
  • Tia Jinbara

Peserta GV4

Pengacara Gegar Vaganza 2017 (Musim Ke-4)

  • Nabil Ahmad
  • Jihan Muse

Pengkritik Tetap Gegar Vaganza 2017 (Musim Ke-4)

  • Datuk Ramli MS

Untuk rekod, Gegar Vaganza 1 dimenangi oleh Ayai (Ilusi) dan Gegar Vaganza 2 dimenangi oleh Siti Nordiana. Sementara Gegar Vaganza 3 pula dimenangi oleh penyanyi bersuara lunak, Azharina.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: