Langgan newsletter kami!
MLM 2019 Logo

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019)

Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bakal membuka tirainya pada 1 November 2019 ini. Program realiti pertandingan komedi ini akan ke udara pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut. Ia dipancarkan secara live dari Royal Theater, Shah Alam terus ke channel Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124). Ia juga boleh ditonton secara online melalui platform digital rasmi, Astro GO dan On Demand.

Seperti edisi sebelumnya, Dato’ AC Mizal akan kekal sebagai pengacara sementara senarai 4 orang juri akan diumumkan pada minggu pertama MLM 2019. Senarai peserta yang akan berentap dalam Maharaja Lawak Mega kali ini adalah dua peserta dan sembilan peserta berkumpulan.

Istimewanya, musim ini bakal memperkenalkan satu episod pengenalan yang diberi nama ‘MLM 2019 – Kerusi Panas atau Hot Seat’ dan akan bersiaran seminggu lebih awal iaitu pada 25 Oktober 2019. Episod tersebut menampilkan Nabil Ahmad sebagai hos, bersama tiga juri yang bakal menghakimi para peserta iaitu Sabri Yunus, Fasha Sanda dan David Teo.

Format pemarkahan MLM 2019 masih kekal dengan 70% pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri tetap manakala 30% markah daripada undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga di website http://www.gempak.com/maharajalawakmega

Senarai Rasmi Peserta MLM 2019

1. Bocey (Achey, Abam, Fad)

2. Zero (Syarif, Atu, Syaiful)

3. Rare (Ajak, Ropie, Pak Ya)

4. Puteh (Mamak, Man, Ali)

5. Stone (Mamat, Azlee, Acong)

6. Jambus (Tauke, Tapai)

7. Rojak (Chiwan, Bell, Rahim)

8. J-Born (Khir Rahman, Joey, Vicha)

9. Cali (Tony, Khai) dari Brunei

10. Rahmet (Peserta Solo) dari Indonesia

11. Popon (Peserta Solo) dari Indonesia

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: