Langgan newsletter kami!
Mentor Milenia 2019 Logo

Senarai Peserta Mentor Milenia 2019

Program realiti Mentor Milenia yang mencungkil bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur kini kembali untuk musim ketiga. Pelbagai kelainan diperkenalkan pada musim ini, salah satunya adalah penambahan Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor buat kali pertama di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim.

Selain itu, Mentor Milenia 2019 turut menampilkan konsep dan format baharu. 20 peserta yang terpilih melalui sesi uji bakat akan berentap dan para mentor perlu memilih hanya dua orang protege. Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagikan kepada dua iaitu markah 60% dari pihak juri dan 40% dari undian awam. Juri profesional pada musim ini ialah Altimet dan Datuk Syafinaz.

Uji bakat telah dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah pada 3 dan 4 Ogos sementara di Shah Alam, Selangor pula pada 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September. Hampir 1,400 peserta telah hadir ke uji bakat, tetapi hanya 20 peserta sahaja yang dipilih untuk ke peringkat seterusnya sebelum para mentor memilih dua orang protege setiap seorang pada episod kedua dan ketiga.

Konsep terbaharu ini pastinya membuatkan para peserta lebih berhati-hati dan fokus kerana antara 20 peserta ini hanya 10 sahaja yang akan terpilih untuk berentap di pentas Mentor Milenia. Saksikan Mentor Milenia yang bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 hingga 11.30 malam selama 10 episod. Rancangan ini akan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (HotFM).

Juara Mentor Milenia 2019 akan menerima hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3. Pemenang juga akan menerima waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 dan dokumentari pendek kisah mereka di sepanjang di Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran YouTube TV3. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://www.xtra.com.my/mentormilenia

Senerai Mentor dan Protege Mentor Milenia 2019

** Dikemaskini 11/11/2019

  1. Akim – Sharee Lopes, Ryan Que
  2. Black – Bulan (aka Sean Asyraf), Aedy Kama
  3. Ernie Zakri – Daus Husny, Yazrul Arrep
  4. Hazama – Arayn Malek, Apex Tajudin
  5. Stacy – Rika Riana, Remy Manaf

Biodata Peserta Mentor Milenia 2019

1) Muhamad Asyraff bin Mohd Zamani

  • Panggilan: Acap Black
  • Asal: Selangor
  • Umur: 20 tahun

2) Ku Farah Waheeda binti Ku Din

  • Panggilan: Ku Farah
  • Asal: Selangor
  • Umur: 18 tahun

3) Nazrul Fhad Sulaiman bin Fahmi

  • Panggilan: Que
  • Asal: Selangor
  • Umur: 20 tahun

4) Muhammad Maliki bin Satimen

  • Panggilan: Maliki
  • Asal: Selangor
  • Umur: 23 tahun

5) Muhammad Qaidzul bin Zainal Abidin

  • Panggilan: Ajoi
  • Asal: Selangor
  • Umur: 21 tahun

6) Abdul Amir Ariff bin Abdul Manaf

  • Panggilan: Amir
  • Asal: Selangor
  • Umur: 22 tahun

7) Muhammad Syakir Alif bin Johan Nawawi

  • Panggilan: Alif Johan
  • Asal: Selangor
  • Umur: 20 tahun

8) Muhammad Aidil bin Kamarulzaman

  • Panggilan: Aedy
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Umur: 22 tahun

9) Fariq Iqhwan Amir Azwa

  • Panggilan: Fariq
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Umur: 18 tahun

10) Muhammad Yadzir Muadz bin M.Suhut

  • Panggilan: Yad
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Umur: 21 tahun

11) Mohd Yazrul bin Abdul Latip

  • Panggilan: Arrep
  • Asal: Sarawak
  • Umur: 21 tahun

12) Marygrace Jane

  • Panggilan: Mary
  • Asal: Sabah
  • Umur: 19 tahun

13) Sarifah Noor Hasmah binti Syed Hassim

  • Panggilan: Pes
  • Asal: Sabah
  • Umur: 19 tahun

14) Erika Rianty Anthony

  • Panggilan: Ika
  • Asal: Sabah
  • Umur: 19 tahun

15) Shaizwan bin Ramlee

  • Panggilan: Iwan
  • Asal: Sabah
  • Umur: 23 tahun

16) Muhammad Shafiq bin Jalaluddin

  • Panggilan: Shafiq
  • Asal: Pahang
  • Umur: 21 tahun

17) Nor Shazwa Atiqah binti Shamsul

  • Panggilan: Wawa
  • Asal: Kedah
  • Umur: 19 tahun

18) Ameerul Solihin Ariffin bin Malek

  • Panggilan: Ayien
  • Asal: Johor
  • Umur: 22 tahun

19) Muhammad Firdaus bin Abdul Rafi

  • Panggilan: Daus
  • Asal: Johor
  • Umur: 20 tahun

20) Ahmad Amirul Hafizi bin Ahmad Tadjuddin

  • Panggilan: Apex
  • Asal: Terengganu
  • Umur: 23 tahun
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: