Teknik Mengejutkan Bagaimana Membeli Rumah Secara Percuma!


Berikut adalah rahsia dan tips membeli rumah secara percuma. Ini memang berkesan dan dilakukan oleh ramai orang di KL sekarang!

Sila baca dengan teliti setiap penerangan di bawah.

Rahsia Membeli Rumah Secara Percuma Terbongkar

Berikut adalah caranya. Pada permulaan, anda patut membeli sebuah rumah terpakai dari orang lain. Anda tidak perlu membayar duit muka sesen pun kerana akan membuat deal dengan penjual rumah untuk membeli dengan konon-kononnya harga yang lebih tinggi supaya mendapat pinjaman perumahan 100%. Contohnya, kalau anda telah bersetuju untuk membeli sebuah rumah dari penjual dengan harga RM100,000. Anda patut letakkan dalam S&P harga RM111,111.11. Dengan ini bank akan memberikan anda loan sebanyak RM100,000 iaitu sebanyak 90% iaitu tanpa anda membayar sebarang duit muka. Anda boleh berjumpa dengan peguam dan lakukan ini. Peguam akan mengetahui apa untuk lakukan kerana ini adalah perkara biasa. Anda juga boleh buat deal supaya harga dinaikkan sedikit untuk cover cost pembayaran lawyer dan lain-lain bermakna setelah loan diluluskan dan penjual menerima wang, dia akan dapat duit yang lebih sedikit supaya dapat membayar lawyer S&P dan lawyer loan anda.

Bermakna anda tidak perlu membayar duit langsung untuk apa-apa apabila membeli rumah ini dari penjual. Apabila membeli rumah terpakai, sepatutnya anda tidak perlu membelanjakan apa-apa lagi untuk pengubahsuaian rumah kerana segalanya sudah patut dibuat sebelum itu. Sekarang, anda sewakan bilik-bilik dalam rumah tersebut kepada penyewa-penyewa bilik. Dalam satu rumah anda boleh sewakan kepada 10 orang. Anda juga boleh duduk di dalam sebuah bilik di rumah tersebut. Duit sewa yang dikumpulkan sepatutnya lebih lagi dari duit pembayaran bulanan anda. Duit yang lebih ini patut anda gunakan untuk maintenance rumah dan lain-lain.

Sekarang selepas 7 tahun, anda boleh jualkan rumah ini untuk keuntungan. Target untuk menjual rumah tersebut dengan untung RM60,000 misalnya.

Jadi, dengan duit RM60,000 ini dan duit KWSP Akaun 2 yang terkumpul, anda sudah boleh membeli rumah baru anda secara percuma sahaja! Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar dan tunggu selama 7 tahun untuk dapat pulangan dari penjualan rumah pertama anda.

Mulakan proses membeli rumah anda secara percuma selepas ini.


Carian Berkaitan

rumah secara percuma

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #buat duit #buat duit percuma

Apa Itu Bitcoin? Sedikit Panduan Untuk Anda
Apa Itu Bitcoin? Bitcoin adalah cryptocurrency. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami orang,
Biodata Datuk Yusuf Taiyoob, Raja Kurma Malaysia
Biodata Datuk Yusuf Taiyoob | Berbicara tentang bulan Ramadan, kurma merupakan antara makanan
Senarai Bantuan Badan Kerajaan Untuk Ibu Tunggal & Bapa Tunggal
Dalam hidup ini, kadang kala anda melalui kepahitan yang membuatkan anda rasa buntu.
Cara Semak Baki AEON Kredit
Ramai yang bertanya tentang bagaimana cara untuk menyemak baki pinjaman AEON Credit. Sebenarnya