Tips Bercuti dan Melancong Ke Maldives

Melancong Maldives Pulau Cantik

Kepulauan Maldives merupakan destinasi percutian idaman bagi ramai orang. Alhamdulillah saya sudah sampai ke sana bagi tujuan percutian dan perniagaan. Berikut adalah tips-tips yang saya mahu kongsikan sebagai panduan dan persediaan jika anda mahu bercuti ke Maldives. Panduan ini berguna agar percutian anda dapat diselaraskan dengan bajet anda.

Tips Melancong Ke Maldives

  1. Rancang perjalanan awal sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tarikh berlepas. Maldvies boleh dikunjungi sepanjang tahun, paling baik antara bulan Oktober hingga April.
  2. Beza masa antara Maldives dengan Malaysia adalah 3 jam (Malaysia ke hadapan).
  3. Kebanyakan penduduk Maldives boleh bertutur dalam English.
  4. Cuaca di Maldives panas dan hujan sepanjang tahun. Iklim Tropika di gugusan kepulauan Maldives menjadikan setiap pulau, pantai dan kehidupan dasar laut subur dan cantik sekali seolah tidak pernah terusik.
  5. Maldives merupakan sebuah Negara terkecil di Asia dan juga merupakan sebuah Negara Islam. Dengan kepadatan penduduk di seluruh pulau-pulaunya mencecah 400,000 orang, Maldives bergantung kepada sumber perikanan dan pelancongan sahaja.
  6. Male (disebut MA – LEY) adalah ibu Negara Maldives. Di Pulau Male inilah terletak pusat pentadbiran, perbankan, ekonomi, masjid negara dan pasar. Airport terletak di sebuah pulau khas berhampiran Male. Pekan Male ini kecil sahaja, 2-3 jam boleh pusing habis semua kawasan.
  7. Pilih Penerbangan SriLankan Air untuk tambang lebih murah berbanding yang lain. Perlu juga selalu membuat semakan harga Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Air Asia dan Thai Airways untuk harga promosi. Harga dari RM1,300 seorang untuk pergi dan balik dari KLIA ke Male. Penerbangan KUL-MALE adalah sekitar 4 jam 15 minit.
  8. Pilih resort yang kita suka secara online di www.agoda.com.my. Bayaran menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit boleh diterima di sana. Pastikan salinan tempahan bilik disimpan dengan baik. Pegawai imigresen Maldives akan minta apabila sampai di sana nanti.
  9. Harga resort bergantung kepada bajet dan fasiliti yang kita mahu. Harga resort dari RM100 satu malam. Setiap resort dibina di atas sebuah pulau sahaja. Berhati-hati memilih resort, sekiranya membawa anak-anak kecil, pastikan resort yang dipilih membenarkan anak kecil dibawa bersama. Sesetengah resort tidak membenarkan kanak-kanak masuk bagi tujuan privasi.
  10. Cadangan tempoh percutian paling ideal dan nyaman adalah sekurang-kurangnya 4 malam di Maldives. Kebiasaannya, saya memilih untuk transit dahulu di hotel sekitar airport (kerana ketibaan malam), harga dari RM70 satu malam. Esoknya selepas sarapan, saya ke airport semula untuk memilih resort (boleh tawar-menawar dengan wakil jualan resort).
  11. Kita akan dibawa menaiki bot laju ataupun seaplane dari airport ke pulau. Biasanya harga bot laju sudah termasuk dalam pakej. Sediakan tips buat pembantu bot. Berikan salam kerana mereka semuanya muslim belaka. Seaplane perlu ditempah lebih awal, boleh layari www.transmaldivian.com.
  12. Terdapat lebih kurang 230 resort di setiap gugusan pulau Maldives dan lebih kurang 30 buah hotel transit berhampiran airport untuk dipilih. Berhati-hati juga dengan setiap menu yang dihidang, lebih baik bertanya dahulu sebelum ambil makanan.
  13. Makanan kegemaran di Maldives adalah capati dan tuna dengan kelapa parut.
  14. Kebanyakan rakyat Maldives berupa seperti Bangladesh tetapi bau badan mereka tidaklah terlalu kuat dan juga berambut kerinting afro.
  15. Apabila sudah sampai ke resort di pulau pilihan kita, aktiviti seterusnya bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh pihak resort. Harga pakej juga tergantung kepada setiap aktiviti dan jarak ke lokasi.
  16. Aktiviti popular di Maldives adalah seperti snorkeling dan diving (percuma di sekitar resort). Perkakas boleh dipinjam atau disewa daripada pihak resort. Pakej memancing, bersiar menaiki bot, bersiar menaiki kapal terbang, melawat ke pulau Male dan pusat kraf di setiap pulau berhampiran adalah sangat menarik dan disyorkan.
  17. Matawang tempatan Maldives adalah Rufiyaa. (1 USD = 15 Rufiyaa). Walaubagaimanapun, matawang US Dollar digunakan secara meluas di seluruh Maldives. Tukar sedikit USD sebelum ke sana bagi tujuan memberi tips, membeli cenderamata dan kecemasan. Jangan bawa terlalu banyak wang.
  18. Barang runcit, kedai makan & kedai kecil menggunakan Rufiyaa, perkhidmatan lain kebanyakannya menggunakan USD.
  19. Gunakan Kad Debit (Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain) bagi tujuan pembayaran pakej aktiviti, makan minum dan caj-caj lain di atas pulau. Tanya kepada pihak resort sama ada harga dipaparkan itu sudah termasuk 10% Caj Perkhidmatan dan 6% Cukai Kerajaan atau belum.
  20. Harga makan dan minum tambahan (Room Services) di Maldives agak tinggi kerana bahan mentah kebanyakannya diimport dari luar negara dan perlu dibawa pula ke setiap pulau. Pastikan kita bertanya harga yang jelas bagi mengelakkan “terbeliak biji mata” melihat bil selepas daftar keluar nanti.
  21. Mohon bawa ubat-ubatan peribadi sendiri sekiranya perlu. Jarak sesetengah resort ke hospital atau klinik di Male agak jauh. Minyak angin, plaster, minyak kapak, losyen kulit, panadol, antibiotik, ubat batuk dan ubat selsema adalah keperluan ubat asas.
  22. Sangat rugi sekiranya kita tidak bersedia dengan kamera yang boleh merakam momen indah di dalam air. Gunakan kamera berkualiti tinggi, kecil, mudah dibawa dan bateri tahan lama seperti GoPro Hero apabila ke sana.
  23. Mohon bawa sejadah sendiri dari rumah ke Maldives untuk pengalaman solat di resort dan di atas bot (ketika beraktiviti) yang selesa dan lebih khusyuk. Ketenangan dan keindahan ciptaan Allah di Maldives membuatkan kita lebih fresh, bertenaga dan mencurah ilham untuk menjadi hamba yang lebih bersyukur, bertaqwa dan berbuat lebih banyak kebaikan.
  24. Bagi kaki pancing pula, Maldives adalah syurga popping, jigging dan bottom fishing. Dapatkan pakej memancing terus dari resort. Pastikan lesen dikeluarkan bagi mengelakkan ditangkap dan didenda. Memancing tanpa lesen merupakan kesalahan berat di Maldives. Bawa peralatan sendiri dari sini.
  25. Akhir kata, buat rancangan awal untuk percutian ke Maldives bagi menjimatkan kos. Setiap pulau dan resort mempunyai keunikan sendiri. Kesemuanya cantik dan indah belaka. Pengalaman ini harus diteroka bergantung kepada bajet dan minat kita. Sesungguhnya Maldives adalah ciptaan dan keindahan yang luarbiasa daripada Allah buat kita makhluknya.

Itinerari Melancong Ke Maldives

Berikut adalah ringkasan itinerari ke Maldives selama 5 hari 4 malam.

Hari 1: 17 May. KL – Hulhumale
Bertolak dari KL: 6.55 pm
Tiba di airport: 8.10 pm
Airport transfer ke City Hotel

Hari 2: 18 May. Hulhumale – Maafushi Island
Sarapan (termasuk harga hotel)
Check out hotel
Tranfer bot ke Male
Naik feri ke Maafushi
Check in Kaani Beach / Triton Beach
Makan tengahari, free and easy, makan malam

Hari 3: 19 May. Maafushi Island
Sarapan (termasuk harga hotel)
Trip Snorkeling & Island hopping (Sand bank, turtle reef, dolphin cruising, snorkling)
Makan tengahari (termasuk dalam pakej aktiviti)
Makan malam

Day 4: 20 May. Maafushi Island
Sarapan (termasuk dalam hotel)
Free & easy: Resort tour / JetSki / Beach walk and beach activity
Makan malam

Hari 5: 21 May. Maafushi – Male
Sarapan (termasuk harga hotel)
Boat transfer ke Male
Tour di Male
Makan tengahari di Male
6.00 pm balik ke Hulhumale
Transfer ke airport
8.55 pm bertolak balik ke Malaysia

Hari 6: 22 May
4.30 am tiba di Malaysia

Sekiranya Tuan dan Puan merasakan perkongsian saya ini bermanfaat dan suka. Mohon share di Facebook atau laman sosial masing-masing. Semakin bersemangat untuk saya menulis info ke destinasi lain pula selepas ini. Angan-angan adalah percuma, ia bermula dengan azam dan kesungguhan kita.

Saya selalu mendoakan setiap orang yang membaca, like, komen dan share status untuk dimakbulkan doa mereka dan dipermudahkan usaha mereka untuk bercuti ke Maldives suatu hari nanti. Amin.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Kredit: Ikram Al Banjari (Usahawan Tegar dan Pengembara Bisnes Jalanan)

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #travel bajet

10 Ayat Pickup Line Chia Chia Chia
Ayat Pickup Line Versi Melayu memang terus menjadi trending di Malaysia, walaupun dalam
Ayat Pickup Line Melayu Terlajak Manis Kiriman Pembaca
Sebahagian Ayat Pickup Line Melayu ini adalah kiriman pembaca dan kami kumpulkan untuk
Tutorial Cara Pakai Kain Pelikat
Cara Memakai Kain Pelikat Yang Betul Nampak macam senang dan simple je pakai
PickUp Line Versi Doktor Cinta Yang Boleh Anda Cuba Pada Pasangan
Selepas pelbagai versi pickup line sebelum ini, kali ini kita lihat pickupline versi

Leave a reply "Tips Bercuti dan Melancong Ke Maldives"