Langgan newsletter kami!
Keselamatan Wanita

Tips Keselamatan Diri Untuk Wanita Yang Berjalan Seorang Diri

1. Apa patut seorang wanita lakukan jika dia berseorangan dengan seorang lelaki asing ketika dia masuk ke dalam lif pada waktu lewat malam di sebuah bangunan tinggi?

Pakar berkata: Masuk ke dalam lif, jika anda mahu ke tingkat 13, tekan semua butang setiap tingkat hingga ke tingkat yang anda hendak pergi. Tidak ada siapa berani menyerang anda jika lif itu berhenti di setiap tingkat.

2. Apa perlu dilakukan jika seseorang asing cuba menyerang anda ketika anda berseorangan di rumah anda?

Pakar berkata: Larilah ke dapur. Anda sendiri tahu di mana letaknya serbuk cili dan kunyit disimpan dan di mana anda simpan pisau dan pinggan mangkuk. Semua ini boleh menjadi senjata yang membahayakan. Jika tidak ada senjata lain balingkan pinggan mangkuk ke arahnya. Tidak mengapa jika ia pecah. Ingatlah bunyi bising adalah musuh utama penceroboh. Dia tidak mahu ditangkap.

3. Apa perlu dilakukan jika anda menaiki kenderaan atau teksi waktu malam?

Pakar berkata: Sebelum menaiki teksi pada waktu malam, tulis maklumat nombor teksi dan buat panggilan kepada keluarga atau kenalan dan maklumkan maklumat teksi itu dengan lengkap dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tidak ada jawapan kepada panggilan anda, berpura-pura anda sedang berbual dengan ahli keluarga anda. Sekarang pemandu itu tahu maklumat mengenainya diketahui oleh orang lain dan dia akan mempunyai masalah jika dia berbuat tidak baik.

4. Apa perlu dibuat jika pemandu itu membawa anda ke arah lain dan anda merasai diri anda dalam bahaya?

Pakar berkata: Guna tali pada bag tangan anda atau sesuatu tali untuk menjerut leher pemandu dan tarik ke belakang. Dalam masa singkat dia akan tersedak dan tidak bermaya. Jika tidak ada tali bag dan sebagainya, tarik kolar bajunya ke belakang, butang bajunya akan melakukan muslihat yang sama.

5. Apa perlu dibuat jika anda diekori pada waktu malam?

Pakar berkata: Masuk ke dalam mana-mana rumah atau kedai yang terbuka dan jelaskan keresahan anda kepada pemilik rumah atau kedai. Jika kedai tutup, carilah tempat ATM kerana di situ ada CCTV. Orang yang cuba menggangu mungkin tidak berani kerana tidak mahu dikenali.

Walau bagaimanapun, tidak panik dan berwaspada adalah senjata yang terbaik yang anda boleh miliki.

Sila sebarkan maklumat ini kepada wanita (ibu, kekasih, isteri, adik perempuan, kakak dan kenalan) yang anda ambil berat mengenai keselamatan mereka.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: