Langgan newsletter kami!

Tips Mendidik Anak Suka Bekerja

Cara Didik Anak Suka Bekerja

Anak comel kan? Cuba ko suruh anak tu “Adik, tolong ambilkan kunci kereta abah kat atas meja tu”. Sambil bermain dengan mainannya tiba-tiba jadi muncung dan cakap “Taknak lah”. Masa tu dia comel pun ko dah rasa tak comel. Kes kedua pula, macam bini muka lawa (lawa sikit dari tiang LRT) tapi bila kita masuk rumah sahaja ada orang sambut dengan senyum siap ambil order “abang nak kopi ginseng ke tongkat ali ke nak kopi jantan?” sambil tersenyum gedik sikit. Masa tu yang muka macam tiang LRT pun nampak macam muka artis.

Itulah kelebihan orang suka bekerja AKAN DISUKAI ORANG. Ada pernah kita tengok seorang atuk memandang cucunya sedang bermain game dan atuk berkata “Bagus cucu… Dah level mana dah tu? Teruskanlah.. Elok sangat banyak main ni nanti otak berkembang”. Jarang kan?

Berdikit-dikit dari kecil. Padan-padan kemampuan jugalah. Kalau umur dah faham cakap kita sahaja dah bagi task seperti tutup pintu, ambil remote aircond. Janganlah umur budak baru 8 bulan dah suruh alihkan kereta atau mengubah konfigurasi modem unifi kita. Memanglah tak patut. Jika sudah dibiasa dari kecil… Bayaran upahnya cuma pujian sahaja. Pujian ialah hadiah paling berharga namun paling tak keluar duit langsung.

Dengan kerja anak itu akan membesar sebagai manusia hebat. Mereka juga ada mainan, cuma mainan mereka agak terkawal kerana lumrah yang kecil memang tidak boleh dipisahkan dengan mainan. Dan ini juga salah satu permainan mereka. Namun, proses kedewasaan mereka ialah mengenali bila mahu dihentikan permainan tertentu dan menuju kepada sesuatu yang lebih membina. Permainan Nabi Sulaiman ialah di tepian medan tempur nabi Daud. Permainannya melalui pemerhatian pertempuran sehingga dia jadi bijak. Sehinggakan pada umur 10 tahun Nabi Sulaiman sudah mampu menyelesaikan permasalahan orang tua. Pada umur 12 tahun baginda sudah mampu menerajui dan merangka kemenangan peperangan. Umur 12 tahun apa yang anak kita lakukan?

Jika ada orang mengata kita pergunakan anak kita untuk membasuh pinggan, mencuci kereta, mengemas rumah, mengecat rumah dan macam-macam kerja lain, katakan sahaja “Aku memang didik anak aku UNTUK JADI ORANG BERGUNA DAN BOLEH DIGUNAKAN KEPADA KEBAIKAN”. Bukan ke dah banyak sekarang ni anak-anak dah macam Big Boss, emak pula dah jadi macam bibik. Salah mereka jika anak mereka tidak boleh digunakan kerana tidak berguna jika masanya habis banyak kepada tablet, smartphone, internet, game dll. Kesian.

Nabi Muhammad SAW dari diajar bekerja dan berniaga semenjak dari kecil lagi. Sebab itu kebijaksanaannya dihormati orang Jahilliyah dengan gelaran Al-Amin. Nabi Musa diajar dengan bekerja bersama Nabi Syuib. Walaupun anak angkat Firaun yang kaya, dia akhirnya dididik dengan bekerja bukan dengan kemewahan istana dengan segala jenis permainan. Mungkin katanya itu nabi punyai mukjizat luar biasa. Mengapa Al-Fateh mampu menawan Constantinople pada umurnya 21 tahun. Semasa kita sedang bertungkus lumus menyiapkan FYP kita.

Satu persamaan mereka ialah… mereka dididik dengan kerja.

Hidup kita terlampau singkat untuk teruskan bermain-mainan sekalipun umur kita sudah cukup dewasa. Perlu ada titik henti untuk bermain-main. Ke hadapan ada banyak lagi masalah perlu kita tempuh. Masalah masyarakat bukan masalah kita? Fikir semula. Anak kita juga akan bersama-sama dengan masyarakat yang bermasalah itu. Automatik, itu juga masalah kita.

Dulu masa kita kecil-kecil, permainan kita menangguk ikan, melastik burung, menjerat pelanduk. Untung nasib dapat, untung nasib tidak. Tetapi permainan itu sesuatu yang membuahkan hasil. Ada banyak sebab dan alasan untuk yang sangat berminat untuk terus melayani apa yang mereka suka. Itu pilihan. Sukahati merekalah. Orang bandar tengok kami di kampung duu-dulu kesian katanya tiada Toy R’ Us, tak ada Yaohan, tiada Hankyu Jaya untuk melepak tapi kami di kampung pula kesian tengok orang bandar tak ada sungai nak digagau, tiada jeram nak terjun tiruk, tiada merbah untuk dijerat, tiada sawah nak menangguk.

Maka, isu gembira mesti main mainan tertentu yang dibeli dari supermart memang tak wujud. Yang pegang lastik boleh mungkin lebih gembira dari yang pegang joystick.

Kita kena ingat, kejayaan anak bukan sekadar peperiksaan mereka banyak A dan boleh melanjutkan pelajaran di universiti di Jepun. Tetapi apakah yang mereka lakukan untuk memulihkan bangsa dan agama kita yang semakin sakit dengan akhlak yang pelik-pelik.

Masalah kita hari ini ialah kita tidak kenal masalah kita sendiri. Setiap hari saya dan sahabat-sahabat menyaksikan kes-kes bayi di buang, rumahtangga berantakan, anak dara mengandung tak ketahuan dan macam-macam lagi. Tak sempat benar kami nak melayani permainan-permainan selain yang benar-benar boleh merawat masalah dari akarnya lagi.

It takes a community to raise a child pada hari ini. Konsep ini lah penyebab kami semua berkomuniti di RPWP untuk sama-sama jaga menjaga akhlak anak-anak dengan bekalan Quran dan Sunnah. Berkepung kiri dan kanan agar anasir yang tembus boleh dilawan oleh anak-anak dari kekuatan dalamannya dan bukan jadi hanyut. Terlalu banyak kerja, terlalu banyak tugas…mungkin itu sebab saya hairan ada yang masih boleh melayan mainan pada umur dewasa sedangkan anak di bilik sedang dirogol oleh internet layarannya.

Memang ada baiknya permainan tetapi ada perkara yang baiknya lebih banyak dan kita tidak punyai masa yang panjang.

Kita pilih sahaja laluan kita yang mana.

  • Suka ikut
  • Tak suka tak ikut

Didik anak kita untuk SUKA BEKERJA.
Berikan anak kita masalah untuk mereka selesaikan dan itulah MAINANNYA.

Campaklah ke mana sahajapun, anak ini akan mencipta legasi bukannya mati.

Sumber: FB SAIFUL NANG

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: