Langgan newsletter kami!

Tips Perancangan Kewangan Terbaik Dr Azizan Osman

Pengurusan kewangan yang betul dan sistematik memang cantik secara teorinya namun ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan jika kita tidak komited. Tambahan lagi ketika ekonomi negara pun tidak berapa baik dan kita dibebani dengan pelbagai kos sara hidup seperti harga barang dan harga petrol yang meningkat ditambah lagi dengan cukai GST. Ramai antara kita yang mengambil mudah soal pengurusan kewangan terutamanya mereka yang makan gaji. Tiap akhir bulan masuk gaji, apa nak dibimbangkan. Sebenarnya, pengurusan dan perancangan kewangan bukanlah untuk setahun dua tetapi untuk jangka masa yang lebih panjang sehinggalah hari tua. Berikut saya kongsikan Tips Perancangan Kewangan yang saya kira terbaik yang dipetik dari siri seminar Dr Azizan Osman dan diolah sendiri oleh saya.

Perbetulkan Rutin Harian

Jangan lakukan perkara ini di waktu pagi:

  • Withdraw duit dari ATM
  • Bayar loan atau pinjaman
  • Bayar hutang

Ini kerana, waktu pagi adalah untuk kita:

  • Sedekah subuh
  • Jemput rezeki melalui solat dhuha
  • Berzikir dan selawat

Cara Merancang Kewangan

Semua untung bersih daripada perniagaan atau gaji bersih anda mesti diagihkan ke dalam 6 tabung seperti di bawah.

[infobox style=”alert-success”]

1) Tabung NEC 55%

  • Singkatan kepada neccesity atau keperluan.
  • Merangkumi semua perbelanjaan rumah, bayar sewa, bayar kereta, bayar bil dan segala keperluan.
[/infobox] [infobox style=”alert-success”]

2) Tabung FFA 10%

  • Singkatan kepada Financial Freedom Account.
  • Merangkumi simpanan tetap kita. Jangan gunakan langsung untuk tempoh yang panjang seperti 10 tahun.
  • Penting untuk menjana passive income untuk masa depan kita.

 

Pilihan yang ada untuk simpanan untuk Tabung FFA kita adalah:-
1. Unit trust
2. ASB (Amanah Saham Bumiputra)
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli emas/gold
6. Simpan dalam tabung di rumah (boleh juga walaupun paling tak efektif)

[/infobox] [infobox style=”alert-success”]

3) Tabung LTSS 10%
Singkatan kepada Long Term Saving for Spending.
Maksudnya adalah simpanan jangka masa panjang untuk dibelanjakan.
Contoh: Kumpul duit untuk beli telefon baru, deposit kereta baru dan sebagainya.

[/infobox] [infobox style=”alert-success”] 4) Tabung FUN(PLAY) 10%
Singkatan kepada Bersukaria dan Bermain
Maksudnya adalah duit dari tabung ni untuk bercuti, belanja makan, bermain futsal, spa dan massage, kecantikan, reward diri dan sebagainya.
[/infobox] [infobox style=”alert-success”] 5) Tabung EDU 10%
Singkatan kepada tabung pendidikan dan menambah ilmu pengetahuan.
Maksudnya pendidikan untuk anak masuk sekolah atau universiti. Ataupun untuk diri sendiri ke seminar/motivasi/coaching untuk menambah ilmu pengetahuan.
Beli barang untuk pendidikan seperti komputer, buku ilmiah dan alatan belajar juga tergolong dalam tabung ini.
[/infobox] [infobox style=”alert-success”] 6) Tabung CHARITY 5%
Singkatan kepada tabung derma dan sedekah.
Tabung ini sebenarnya paling penting dan wajib ada.
Gunakan sebahagian daripada pendapatan kita untuk buat kebajikan dengan menderma dan sedekah jariah.
Yakinlah kepada janji Allah terhadap orang yang suka bersedekah.
Banyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan.
Ingatlah, kebocoran berlaku sebab duit itu bukan hak kita sebenarnya. Banyak faktor penyebab lain. Kenapa bila kita rasa ada duit, akan datang masalah seperti kereta rosak, anak sakit dan lain-lain. Ini bermakna duit kurang berkat.
[/infobox]

Sebagai penutup, rancanglah kewangan anda sebelum terlambat. Jika anda telah membaca post ini bermakna anda telah ada satu kesedaran ke arah perancangan kewangan yang lebih baik.

Oklah, sekian saja post saya kali ini. Moga bermanfaat buat semua pembaca. Mohon share dengan kawan-kawan andainya anda rasa ianya bermanfaat.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: