Langgan newsletter kami!
Hantu Bungkus Ikat Tepi

Tonton Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi (1080p) Secara Online

Hantu Bungkus Ikat Tepi adalah sebuah filem komedi seram yang diarahkan oleh pengarah Hashim Rejab. Filem ini telah ditayangkan di pawagam pada 9 April 2015 dan diterbitkan oleh Metrowealth.

Info Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi (2015)

  • Tarikh Tayangan: 9 April 2015
  • Genre: Komedi / Seram
  • Pengarah: Hashim Rejab
  • Penerbit: David Teo
  • Senarai Pelakon: Nora Danish, Tauke Jambu, Yus Jambu, Abam Bocey, Farid Kamil, Pablo Amirul, Zalif Sidek
  • Terbitan: MIG Pictures
  • Pengedar: Metrowealth Pictures Sdn. Bhd.
  • Durasi: 92 Minit
  • Kos Pembikinan: RM 2 Juta
  • Pencapaian: Dicalonkan dalam Anugerah MeleTOP Era 2016 bagi kategori Filem MeleTOP

Watak Pelakon Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi (2015)

  • Nora Danish sebagai Mimie
  • Tauke Jambu sebagai Fakhrul
  • Yus Jambu sebagai Fuad
  • Abam Bocey sebagai Fendi

Sinopsis Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi (2015)

Mengisahkan tentang 3 rakan baik iaitu Fuad, Fakhrul dan Fendi yang masing-masing mempunyai pekerjaan yang sederhana dan cukup-cukup makan. Mereka nampak berani namun sebenarnya penakut. Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta di satu malam, tiba-tiba terlihat seorang lelaki terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah di badan.

Fuad, Fakrul dan Fendi rasa tidak senang duduk kerana pisau yang berada di sebelah mayat itu dipegang dan membuat mereka rasa bersalah dan takut dicop pembunuh, lalu memutuskan untuk menanam mayat tersebut di satu kawasan. Mayat tersebut dibungkus dengan tidak sempurna kerana terlalu panik dan bungkusan di kepala diikat senget untuk memastikan mayat itu ditanam oleh mereka bertiga jika polis membuat siasatan.

Selepas kejadian itu, hantu bungkus itu sering mengganggu mereka setiap masa. Dalam pada itu, mereka mendapat ugutan untuk menyempurnakan semula mayat tersebut dan terpaksa mencari siapa pembunuh mayat itu.

Mimie, jiran sebelah rumah mereka pada mulanya hanya membantu mereka meminjamkan ipadnya bagi tujuan mendapatkan informasi tentang pembunuh si mayat. Mimie kemudiannya terjebak sekali dalam perjalanan mereka bertiga mencari mayat tersebut.

Mimie yang jenis salah bual dan girly, membuatkan Fendi dan Fakhrul kurang selesa namun tetap meneruskan pencarian mereka berempat. Dalam perjalanan mereka mencari mayat si mati itu, pelbagai perkara seram dan lucu berlaku kepada mereka berempat sehingga mereka menjejakkan kaki ke Highland Tower untuk mendapatkan maklumat.

Adakah mereka dapat menjejaki pembunuh mayat tersebut? Adakah mereka semua selamat? Apa akan berlaku kepada mereka berempat? Semuanya terjawab dalam Hantu Bungkus Ikat Tepi.

Tonton Filem Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi Secara Online (HD)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: