Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)


Lirik Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

  

Video Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)



Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #lagu anak kecil main api #lirik lagu warisan

Lirik Lagu Wanita Terakhir – Fattah Amin
Wanita Terakhir – Fattah Amin Durasi: 3.42 minit Komposer/Lirik: Aizat Amdan, Mel Ramlan
Lirik Lagu Nakal Nakal Nakal – Ayda Jebat (OST Awak Sangat Nakal)
Nakal Nakal Nakal – Ayda Jebat Komposer : Irwan Simanjuntak & Ayda Jebat
Lirik Lagu Oh No – Tasha Manshahar feat. Viral
Oh No – Tasha Manshahar feat. Viral Sedar aku yang salah Buta memilih
Lirik Lagu Cemburu – Nabila Razali
Cemburu – Nabila Razali Ntah apa yang kurasa Setelah datang dia Waktu kau

Leave a reply "Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)"