Langgan newsletter kami!
Gambar Elizabeth Tan Yang Sangat Cantik

6 Selebriti Bukan Melayu Malaysia Yang Popular

Industri hiburan tempatan tidak pernah sunyi dengan kehadiran bakat-bakat baharu untuk bergelar sebagai anak seni seperti penyanyi, pelakon atau pengacara.  Sama ada Melayu, Cina atau India, pendatang baharu ini bukan sahaja memeriahkan industri malahan dilihat mempunyai potensi besar dalam melonjakkan arena seni hiburan negara.

Berikut, kami senaraikan enam selebriti bukan Melayu popular di Malaysia masa kini. Let’s find out!

  1. Elizabeth Tan

Lagu popular, Knock Knock menjadi signatur awal buat wanita bernama Elizabeth Tan di lapangan seni hiburan tanah air.  Sebelum dilamar syarikat rakaman, Faithful Music, anak jati Kuala Lumpur itu aktif menyanyikan lagu-lagu cover di laman YouTube seperti lagu Havoc, Pencuri, Kantoi dan Terukir Di Bintang.

Antara lagu-lagu popularnya seperti Maafkan Aku, Tabah, Setia (berduet dengan Faizal Tahir) dan terbaharu lagu Mama (berduet bersama Aziz Harun).

Selain memenangi Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Planet Muzik (APM) ke-14, figura berkenaan pernah dinobatkan Top Personaliti TouTube Malayisa di Anugerah Influence Asia dan Artis Wanita Terbaik menerusi Anugerah Met10.

Memasuki tahun kelima dalam industri muzik tempatan, wanita yang mesra disapa Lizzy itu turut mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan. Ucop Wilcha: Menghonjang Makluk Muzium merupakan filem pertamanya.

Selfie Elizabeth Tan

Elizabeth Tan Natural Beauty

  1. JC Chee

Selain dikurniakan rupa paras yang kacak, fasih bertutur bahasa Melayu dan loghat utara menjadi kelebihan buat pendatang baru, JC Chee dalam menembusi pasaran seni hiburan negara.

Dikenali menerusi filem Ola Bola, anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini kini giat mengembangkan karier lakonannya di China dan Taiwan.

Untuk pengetahuan pembaca, graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Menikal, Kolej University Tunku Abdul Rahman (TARUC) berkenaan perlu berdialog dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Hokkien dalam filem pecah panggung itu.

Sebelum terjun ke dunia lakonan, anak kelahiran Chuping, Perlis itu telah menceburi bidang peragaan sejak 2012.

Handsome Guy JC Chee

Gambar JC Chee

  1. Reshma AF 2016

Siapa yang tidak mengenali bintang kelahiran program realiti nyanyian terbitan Atsro, Akademi Fantasia (AF), Kareshma Martin John Patrick atau nama komersilnya Reshma.

Berjaya menduduki tempat ketiga, figura itu sering kali memberikan persembahan mantap dan terbaik saban minggu. Beliau kini sibuk mempromosikan singlenya bertajuk Sayang Jadi Benci di samping aktif menyanyi secara atas talian menerusi aplikasi Smule.

Gadis berbangsa India ini turut bercita-cita untuk menjadi komposer hebat seperti Faizal Tahir suatu hari nanti. Untuk rekod, Reshma yang dikatakan jelmaan Jaclyn Victor ini pernah memenangi tempat keempat dalam satu pertandingan mencipta lirik lagu di luar negara beberapa tahun lalu.

Wajah Reshma

Gambar Reshma AF 2016

  1. Livonia Ricky

Siapa yang menonton drama berantai, Isteri Tuan Ihsan pasti mengenali pelakon cantik, Livonia Ricky yang membawa watak Violet iaitu rakan baik Seroja lakonan Amyra Rosli.

Berasal dari Kuching Sarawak, figura itu merupakan juara dalam program reality Pilih Kasih 2 pada tahun 2011. Selain itu, beliau juga menjadi pengacara bersama dalam rancangan Suka Lattew bergandingan dengan Alif Satar dan Shahrol Shiro.

Filem lakonannya iaitu Kanang Anak Langkau (The Iban Warrior) bakal menjengah di pawangan 16 Mac 2017 yang turut dibintangi Adi Putra dan Johan As’ari.

Graduan Pengurusan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan, Sarawak itu juga merupakan finalis Miss Malaysia Earth 2012 dan Ratu Cantik Borneo 2009.

Wajah Eksotik Livonia Ricky

Pelakon Livonia Ricky

  1. Iwere

Mencuba nasib dalam pertandingan Most Wanted Contest beberapa tahun lalu membuka lembaran baru buat rapper berbanggsa India, Iwere apabila dilamar untuk menjadi artis rakaman dibawah label Mixology Music milik DJ Fuzz.

Mengetengahkan dielek negeri Kelantan dalam lagu, pemilik nama Ravi Prakash Devandran itu sebenarnya sudah lima tahun menceburi industri muzik Tamil.

Meminati muzik Hip Hop sejak di bangku sekolah, pelantun lagu Oghe Kito itu berkelana ke Kuala Lumpur bagi melebarkan bakatnya sebagai rapper.

Jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini juga pernah menyertai satu komuniti muzik Hip Hop yang dikenali sebagai Trap.

Gambar Penyanyi Iwere

Iwere Lagu Kelantan

  1. Jasmine Suraya

Anak jati Kuching, Sarawak ini merupakan pengacara rancangan sukan TV3. Bakat finalis Projek 3R berkenaan dicungkil oleh pengulas sukan popular, Abu Bakar Atan ketika menghadiri ujibakat sebagai wartawan sukan.

Di samping mengacara, wanita kecil molek ini turut berbakat besar dalam bidang lakonan. Antara drama lakonannya seperti Lara Aisyah di Astro serta Maaf Aku Jika Tak Sempurna, Padamu Aku Bersujud dan Keluarga Pontimau menerusi TV3. Jasmine sebelum ini pernah berkerja sebagai wartawan bisnes di Borneo Times.

Jasmine Suraya Pengacara Sukan TV3

Senyuman Manis Jasmine Suraya

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: