Langgan newsletter kami!
Ally Iskandar Dan Isteri Baru

Ally Iskandar Berkahwin, Buat Kali Ke-2

Selepas menduda hampir tiga tahun, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43 tahun, mengakhiri zaman duda apabila berkahwin dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim pada Sabtu yang lalu. Ally selamat bergelar suami kepada Marlina dengan sekali lafaz sahaja.

Menerusi gambar yang tersebar di laman sosial, pengacara rancangan Malaysia Hari Ini itu mengenakan persalinan berwarna putih sedondon dengan isterinya. Ally Iskandar dan isteri dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Temerloh, Pahang dengan mas kahwin bernilai RM22.50 dan senaskah Al-Quran. Tahniah diucapkan dan semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Ally pernah bergelar suami kepada Nur Farahin Romli atau Farah Lee pada 20 Januari 2012. Namun pasangan Ally dan Farah berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang kini berusia lima tahun.

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Ally Iskandar

Ally Iskandar Dan Isteri Baru Ally Iskandar Nikah Lagi Foto Ally Iskandar Berkahwin Buat Kali Ke 2 Gambar Majlis Ally Iskandar Berkahwin Buat Kali Ke 2

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: