Langgan newsletter kami!
Foto Adam Lee Pelakon Kacak

Biodata Adam Lee, Sepupu Janna Nick

Adam Lee, satu nama yang masih baru dalam industri seni tanahair. Pelakon muda ini yang merupakan sepupu kepada pelakon terkenal Janna Nick (dari sebelah bapa) mula mencuri perhatian apabila muncul dalam drama Klik! Pengantin Musim Salju yang turut dibintangi oleh Alif Satar, Siti Nordiana dan Atikah Suhaime. Drama ini telah disiarkan melalui Astro Ria dan Astro Ria HD. Selain itu, Adam Lee juga dikenali peminat kerana lakonannya dalam drama  Lara Aishah, Seharum Mawar dan Dendam Aurora.

Di samping itu, Adam Lee juga akan menjadi teraju utama drama 13 episod terbaru iaitu drama ‘Adam Chempaka’ yang akan turut dibintangi oleh Sweet Qismina, Zera Hariz dan Raja Afiq. Justeru, ramai yang meramalkan Adam Lee bakal menjadi hero tv baharu apabila drama ini mula ditayangkan sekitar November 2018 dalam Slot Lestary TV3.

Biodata Adam Lee

  • Nama: Muhamad Arif Adam Muhamed Fadlee
  • Nama Komersial: Adam Lee
  • Tarikh Lahir : 26 Oktober 1994
  • Umur: 24 tahun (2018)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Zodiak: Scorpio
  • Ketinggian: 1.83 m
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Filem: Ia Wujud
  • Telefilem: Dorm, Aku dan Adik, Cinta Bae Kicap
  • Drama: Tanah Kubur (Musim 10), Cinta Ilahi, Menongkah Kasih, Satu Cinta, Lara Aishah, Sayang Papa Saya Tak, Seharum Mawar, Dendam Aurora, Duda Pujaan Dara, Raisha, Klik! Pengantin Musim Salju, Sejuta Rasa Buat Adelia
  • Instagram: @adm.lee

Adam Lee Sepupu Janna Nick

Adam Lee Tayang Badan Sasa

Foto Adam Lee Pelakon Kacak

Gambar Adam Lee

Pelakon Adam Lee Yang Handsome

Rambut Ala Korea Adam Lee

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: