Langgan newsletter kami!
Adriana02

Biodata Adriana Adnan, Dari Pengacara Ke Dunia Lakonan

Jika pernah menonton program hiburan Astro iaitu HLive!, pastinya anda mengenali wanita bernama Adriana Adnan ini. Selain cantik dan memiliki susuk tubuh tinggi lampai, anak jati Kuala Lumpur ini sememangnya petah berbicara apabila beraksi di depan kamera.

Keluar dari zon selesa sebagai pengacara televisyen, figura berkulit putih ini mencabar diri sebagai seorang pelakon. Kemunculannya dalam drama bersiri popular 2016, Suri Hati Mr Pilot sedikit sebanyak melonjakkan namanya dalam industri seni hiburan tanah air.

Jom kita berkenalan dengan wanita berbintang Aquarius ini.

Biodata Adriana Adnan

  • Nama Penuh: Adriana Adnan
  • Nama Komersil: Adriana Adnan
  • Tarikh Lahir: 6 Februari 1995
  • Umur: 22 Tahun (2017)
  • Zodiak: Aquarius
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak sulung dari tiga adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pengacara, Pelakon dan Model
  • Host: HLive!, Inspirasi HLive!, A.M Live, Lawak Pagi, Rock On Rokanova dan Rocktrek Rockanova
  • Drama/Telemovie: Surihati Mr Pilot, Urusan Hati Cik Drama Queen dan Jula Juli Bintang Cinta
  • Facebook: facebook.com/adriana.adnan
  • Twitter: twitter.com/adriana_adnan
  • Instagram: instagram.com/adrianaadnan

Trivia Menarik Adriana Adnan

  • Seorang yang happy go lucky, periang, banyak cakap dan ada masa boleh jadi sangat peramah terutama apabila sudah selesa dengan seseorang.
  • Merupakan anak kepada bekas pembaca berita dan pengacara program RTM, Datin Zamzarina Zambri.
  • Graduan Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tapah, Perak.
  • Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Duta kepada produk kecantikan Zarra Sinar Puteri.
  • Memasuki tahun ketiga bergelar seorang pengacara.
  • Adriana pernah menyertai program Pencarian Wajah Baru HLive! pada tahun 2015 sebelum menjadi wartawan lokasi dan pengacara program tersebut.
  • Suri Hati Mr Pilot merupakan drama berantai pertamanya sebagai seorang pelakon.
  • Mengamalkan budaya bersukan seperti kick boxing sekurang-kurangnya dua kali seminggu mengikut kesesuaian masa.
  • Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Adriana Adnan Bersama Ibu Bapanya

Adriana Adnan Bersama Ibunya Zamzarina

Adriana02

Fesyen Santai Dan Ringkas Adriana Adnan

Gadis Melayu Berpakaian Kimono Jepun, Adriana Adnan

Gambar Adriana Adnan Berambut Panjang

Gambar Adriana Adnan Dan Faizal Tahir

Telatah Lucu Adriana Adnan Dan Neelofa

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. Saya peminat nombor 1 Adriana Adnan
    …#Lafazkan Kalimah Cintamu……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: