Langgan newsletter kami!
Gambar Ain Edruce

Biodata Ain Edruce, Host Cantik MBuzz

Jika anda menonton rancangan MBuzz yang bersiaran selama dua minit selepas Buletin Utama di TV3, pastinya anda mengenali pengacara cantik dan tinggi lampai bernama Ain Edruce ini.

Walaupun masih hijau dalam dunia pengacaraan, anak jati Terengganu ini turut melebarkan sayapnya dalam bidang peragaan sebagai model sambilan dan lakonan.

Jom kita berkenalan dengan pengacara cun melecun ini.

Biodata Ain Edruce

  • Nama Penuh: Nurain Edruce
  • Nama Komersil: Ain Edruce
  • Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Asal: Terengganu
  • Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
  • Kerjaya: Pengacara, Model dan Komposer
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Bujang
  • Rancangan TV: Tumit Tinggi, MBuzz, Mad Markets, Girls Only Show, Dari Bilik Sebelah (Anugerah Melodi 2016) dan Karpet Merah Anugerah Skrin (ASK) 2016.
  • Facebook: facebook.com/nurulain.edruce
  • Twitter: twitter.com/ainedruce
  • Instagram: instagram.com/ainedruce

Trivia Menarik Ain Edruce

  • Seorang yang happy go lucky, gila-gila dan petah berkata-kata.
  • Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komposisi Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Pandai bermain gitar dan mengubah lagu.
  • Program ‘Girl Only Show’ yang disiarkan di saluran Hypp Inspirasi (Hypp TV) merupakan rancangan pertama yang dikendalikannya.
  • Pernah menghasilkan lagu raya bertajuk Inspirasi Syawal dan disiarkan di saluran Hypp TV.
  • Pernah bekerjasama dengan pereka fesyen tanah air seperti Hatta Dolmat dan Ana Ali.
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum teh hijau untuk kekal cantik dan langsing.
  • Sangat obses dengan Taylor Swift.
  • Menjadi salah seorang peserta program terbitan TV9 iaitu Lari:Misi Mr X bersama-sama selebriti tempatan seperti Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah.
  • Dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy.
  • Memenangi Zalora Style Awards 2016 bagi kategori Female Style Star.
  • Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Ain Edruce Mempromosi Breast Cancer Awareness

Ain Edruce Bersama Ezzrin Loy

Ain Edruce Dan Elfira Loy

Ain Edruce Pengacara MBuzz

Ain Edruce Sopan Mengenakan Busana Muslimah

Cantiknya Gadis Bernama Ain Edruce

Gambar Ain Edruce Bertudung

Wajah Cantik Natural Beauty Ain Edruce

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

3 comments

  1. cantiknya Ain Edruce.

  2. Wajah Ain Edruce serupa Bella Astila je. Ada tali persaudaraan ke? Both ada darah Sarawak kan?

  3. ain edruce you ada apa kan dengan ezzrin loy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: