Langgan newsletter kami!
Aisya Hasnaa Adik Kepada Chef Anis Nabilah

Biodata Aisya Hasnaa, Adik Kepada Chef Anis Nabilah

Siapa Aisya Hasnaa? Gadis bertubuh genit ini merupakan adik kepada tukang masak selebriti popular iaitu Chef Anis Nabilah. Beliau yang telah bertudung sepenuhnya sejak 2016 pernah membintangi beberapa drama dan filem tanahair seperti drama Romi Cinta Julia dan filem Dollah Superstar bersama Awie, Fizz Fairuz dan Neelofa.

Transformasi beliau kepada wanita berhijab bermula sejak kematian abangnya, Adam Emir Umaruddin, 37 tahun ketika itu, yang meninggal dunia pada 6 April 2016 yang lalu. Menurut Aisya, semasa hayatnya arwah sentiasa memberi nasihat agar beliau menjaga keperibadian diri dan menjadi anak yang solehah.

Pada 9 Disember 2017, Aisya Hasnaa telah menamatkan zaman bujang dan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati yang dikenalinya sejak di bangsu sekolah lagi. Muhammad Yasir Azizan, 30 tahun kini telah sah bergelar suami kepada Aisya Hasnaa. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Ustaz Haji Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafiz. Dalam majlis tersebut, Aisya Hasnaa menerima mas kahwin sebanyak RM300, selain wang hantaran RM15,000.

Jika diimbas kembali saat perkenalan mereka, Aisya Hasnaa berkata, mereka sudah saling mengenali sejak berusia 13 tahun lagi kerana belajar di sekolah yang sama. Di sebalik sikap pendiam, sebenarnya suaminya adalah seorang yang pandai mengambil hati dan kelakar.

Biodata Aisya Hasnaa

  • Nama Penuh: Aisyah Hasnaa binti Umaruddin
  • Nama Popular: Aisya Hasnaa
  • Umur: 28 tahun (2018)
  • Tarikh Lahir: 22 Ogos 1990
  • Asal: Subang, Selangor
  • Tinggi: 1.58 m
  • Keturunan: Melayu (Berdarah campuran Melayu-Pakistan)
  • Keluarga: Anak keenam daripada 8 orang adik-beradik (Antara adik-beradik adalah Anis Nabilah (Anis), Aimi Nadirah (Aimi), Amirah Hani (Amira)
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Muhammad Yasir Azizan
  • Kerjaya: Model, pelakon, penyanyi dan pengacara
  • Pendidikan: Kolej Universiti Sunway
  • Drama: Sekali Sayang, Romi Cinta Julia, Nota Untuk Sang Awan, Cerita Satu Malam, Percayalah, Ketupat Palas Mr Handsome, Mek Gyver
  • Filem: Juvana 2 dan 3, Dollah Superstar, Kau Takdirku
  • Teater: Mencari Sumaiyah
  • Lagu: Usah Ditanya (2016)
  • Instagram: @aisyahasnaa
  • Twitter: @aisyahasnaa

Aisya Hasnaa Adik Kepada Chef Anis Nabilah

Aisya Hasnaa Serba Hitam

Artis Malaysia Aisya Hasnaa

Foto Romantis Aisya Hasnaa Dan Suami

Gambar Perkahwinan Aisya Hasnaa Dan Suami

Image Of Aisya Hasnaa

Lakonan Aisya Hasnaa

Potret Hitam Putih Aisya Hasnaa

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: