Langgan newsletter kami!
Alvin Chong Photo

Biodata Alvin Chong, Pelakon Drama Melayu Berbangsa Cina

Kemunculan menerusi drama rantaian Suri Hati Mr Pilot yang disiarkan di Astro Ria 104 telah membuka ruang populariti yang cukup besar buat pelakon kacak, Alvin Chong. Sejak itu, namanya mula mekar mewangi dan meniti di bibir peminat drama Melayu.

Biarpun masih hijau dalam bidang lakonan, figura itu tidak kekok menimba ilmu dengan pelakon-pelakon senior bagi memantapkan lagi mutu lakonannya di masa depan.

Untuk pengetahuan pembaca, Alvin merupakan seorang penyanyi sebelum terjun ke arena lakonan. Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan lebih dekat dengan jejaka kelahiran Pulau Pinang berkenaan. Check it out!

 

Biodata Alvin Chong

  • Nama Penuh: Alvin Chean Wah Chong
  • Nama Komersil: Alvin Chong/ Alvin
  • Tarikh Lahir: 23 Januari 1991
  • Umur: 26 tahun(2017)
  • Asal: George Town, Pulau Pinang
  • Keluarga: Anak pertama daripada tiga adik-beradik
  • Agama: Kristian
  • Bangsa: Cina
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Model dan Ahli Perniagaan
  • Single:  Lagu Mu, Perfect, Don’t Ask Me Why, OH!, Born This Way, dan beberapa lagu Mandarin
  • Drama/Filem: Dia Semanis Honey, Suri Hati Mr Pilot, Once Upon A Time, 3 Brothers & The Dreams Boyz, Awak Suka Saya Tak
  • Label Pengurusan: E Studios Management
  • Facebook: https://www.facebook.com/alvinchong123
  • Twitter: https://twitter.com/Alvinchong123
  • Instagram: https://www.instagram.com/alvinchong123

 

Trivia Menarik Alvin Chong

  1. Lahir daripada program realiti nyanyian, Astro Star Quest (ASQ) 2009.
  2. Dia Semanis Honey merupakan drama Melayu pertamanya.
  3. Memulakan karier nyanyian sejak 2012 dan mempunyai 10 buah lagu dalam bahasa Mandarin.
  4. Single Melayu pertamanya, Lagu Mu ciptaan Omar K merupakan lagu runut bunyi (OST) drama Suri Hati Mr Pilot.
  5. Setakat ini, mempunyai lebih 200,000 followers di Instagram dan 37,000 di Twitter miliknya.
  6. Mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri iaitu Dr. Love Fragrance pada penghujung tahun 2016.
  7. Akan membuka bisnes kedai kucing bersama kawannya di Petaling Jaya Februari 2017 nanti.
  8. Sangat meminati lakonan Datuk Rosyam Nor.

Gambar Handsome Alvin Chong

Alvin Chong Photo

Alvin Chong Dan Neelofa

Alvin Chong Dan Pelakon Idola Rosyam Nor

Babak Kelakar Alvin Chong Dan Micheal Ang

Alvin Chong Berbaju Melayu Dan Bersongkok

Alvin Chong Dan Fattah Amin Dalam Suri Hati Mr Pilot

Alvin Chong Dan Kucing Comel Kesayangan

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: