Langgan newsletter kami!
Foto Ariff Aziz Solo

Biodata Ariff Aziz, Aktor Kacak Persis Idris Khan

Biodata Ariff Aziz. Mesti anda tertanya-tanya siapa pendatang baru yang wajahnya persis pelakon drama bersiri, Duda Terlajak Laris iaitu Idris Khan ini. Malahan, jejaka bernama Ariff Aziz ini juga bertubuh sasa dan tinggi lampai.

Mula dikenali menerusi drama Misteri Wan Peah, anak kelahiran Kuala Lumpur ini komited memperlahankan dunia nyanyian yang diminatinya sejak kecil lagi demi melonjakkan nama sebagai anak wayang.

Buah tangan terbarunya iaitu Cucu Tauke Beras bergandingan dengan Azrel Ismail, Zahirah MacWilson dan Tania Hudson telah ditayangkan di slot Dahlia TV3 mulai 15 April 2017 lalu.

Jom kita berkenalan dengan aktor kacak ini.

Biodata Ariff Aziz

  • Nama Penuh: Wan Isma Ariff Abd Aziz
  • Nama Komersil: Ariff Aziz
  • Nama Panggilan: Arep
  • Tarikh Lahir: 12 April 1989
  • Umur: 28 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model
  • Tinggi: 185 cm
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem: Cucu Tauke Beras, Misteri Wan Peah, Tundukkan Playboy Itu, Abang Sado Boleh Setel, Akadku Yang Terakhir, Alien Planet Cinta, Tentang Hati 2, Curi-Curi Cinta, Tuhan Jagakan Dia dan banyak lagi.
  • Facebook: facebook.com/7AriffAziz
  • Instagram: instagram.com/ariffaziz7

Trivia Menarik Ariff Aziz

  1. Pernah berkhidmat sebagai Eksekutif Pereka Pemasaran.
  2. Merupakan finalis Pencarian Lelaki Maskulin (PLM) 2013/2014.
  3. Bernaung di bawah pengurusan Uprising Entertainment Sdn Bhd.
  4. Mengamalkan senaman push-up dan sit-up setiap pagi untuk kekal berstamina.
  5. Pernah dicalit kontroversi bercinta dengan aktres cantik kelahiran Kelantan, Sasqia Dahuri.
  6. Meletakkan had di usia 35 tahun untuk menamatkan zaman bujangnya.
  7. Membentuk kumpulan nyanyian yang  dikenali sebagai Carla Band dengan mengenengahkan muzik pop dan R&B.
  8. Pengarah hebat tempatan, Osman Ali merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Ariff ke industri seni lakon.
  9. Semua filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee merupakan filem kesukaannya.
  10. Mempunyai hampir 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Ariff Aziz Solo

Gambar Artis Ariff Aziz Dan Mira Filzah Pakai Uniform JPJ

Ariff Aziz Dan Mira Filzah

Ariff Aziz Dengan Pelakon Cilik

Ariff Aziz Lelaki Tampan

Ariff Aziz Lepak Bersama Harris Baba

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: