Langgan newsletter kami!
Gaya Rambut Chubb E

Biodata Chubb-E, Juara Ceria Megastar 2018

Siapa Chubb-E? Menggunakan nama samaran yang agak unik dan mungkin pelik, remaja yang berasal dari Papar, Sabah ini mula dikenali ramai selepas menjuarai pertandingan nyanyian Ceria Megastar 2018 dengan menewaskan empat finalis lain iaitu Hazury yang juga merupakan peserta paling muda selaku naib juara dan kumpulan duo Warissa yang dianggotai oleh Erissa dan Wafiy di tempat ketiga

Meskipun bukan merupakan peserta pilihan, kelainan yang dibawa oleh Chubb-E dengan mendendangkan lagu tradisional nyanyian asal Ayati Tasrip iaitu Khazanah Dari Malaya melayakkannya membawa pulang wang tunai RM20,000 sebagai hadiah kemenangan berserta trofi kejuaraan.

“Setiap minggu saya akan berbincang dengan keluarga mengenai pemilihan lagu yang bakal dibawakan di pentas Ceria Megastar 2018. Mereka banyak memberi dorongan kepada saya dengan pelbagai kata-kata nasihat serta tunjuk ajar. Mereka tahu saya seorang penyanyi rap. Pada masa sama, mereka mahu elemen tradisi disuntik untuk memastikan persembahan saya sentiasa segar dan berbeza”

Kini, Chubb-E muncul dengan single pertama berjudul ‘Aku Tak Kisah’ dan sedang hangat diperdengarkan di corong-corong radio popular tanahair. Syabas kami ucapkan dan semoga terus sukses Chubb-E!

Biodata Chubb-E

  • Nama Penuh: Muhammad Sharul Aslyn Bin Ag. Ashrul Affandy
  • Nama Popular: Chubb-E
  • Asal: Papar, Sabah
  • Menetap: Subang Jaya
  • Umur: 19 Tahun (2018)
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Lagu / Single: Kau Boleh Buat, Aku Tak Kisah
  • Program Realiti Disertai: Ceria Popstar 2, Ceria Megastar 2018
  • Instagram: @donutfingerlicking dan @Official_Jomego

Perkara Menarik Tentang Chubb-E

  1. Pernah menyertai program Ceria Popstar musim kedua sebagai duo dengan menggelarkan diri mereka kumpulan Jomego bersama rakannya, Rusyhazim Isnawi Mohd. Noor atau Goofy, sebelum tampil solo untuk bergelar juara pada tahun 2018.
  2. Membawakan lagu Khazanah Dari Malaya nyanyian asal Ayati Tasrip di konsert akhir Ceria Megastar 2018 yang mana beliau menjadi juara.
  3. Selain menyanyi, Chubb-E juga berbakat sebagai komposer dan penulis lirik lagu.
  4. Pandai menari street dance dan rap freestyle.
  5. Gaya fesyen diinspirasikan daripada penyanyi rap terkemuka iaitu Joe Flzzow.
  6. Top merupakan gaya rambut pilihan Chubb-E.

Chubb E Dan Goofy (Jomego)

Chubb E Juara Ceria Megastar 2018

Chubb E

Foto Chubb E

Gambar Chubb E Dan Altimet

Gaya Liar Chubb E Jomego

www.azhan.co

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: