Langgan newsletter kami!
Datin Maziah Mohamed Pengasas Jus Nusantara

Biodata Datin Maziah Mohamed, Pengasas Almas Beauty & Health

Biodata Datin Maziah Mohamed | Penghulu Segala Produk! Itulah tagline produk kesihatan dan kecantikan berjenama Almas Beauty & Health yang diasaskan oleh wanita luar biasa bernama Datin Maziah Mohamed.

Memulakan bisnes pada tahun 2009, anak jati Kelantan ini didedahkan dengan dunia bisnes sejak kanak-kanak lagi. Beliau suka mengikuti ibunya berniaga kain batik, sutera dan barangan kemas di Pasar Pudu, Kuala Lumpur dan ke rumah jiran-jirannya.

Walaupun pelbagai jenama produk kesihatan dan kecantikan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, produk Almas Beauty & Health yang beroperasi di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor ini tetap menjadi pilihan dan sentiasa meniti di bibir pengguna di luar sana.

Biodata Datin Maziah Mohamed

  • Nama Penuh: Maziah Binti Mohamed
  • Tarikh Lahir: 1968
  • Umur: 49 Tahun (2017)
  • Asal: Tanah Merah, Kelantan
  • Keluarga: Anak bongsu daripada dua adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Dato’ Hassanal Bolkiah Abd. Wahab
  • Kerjaya: Ahli Perniagaan
  • Nama Syarikat: Almas Beauty & Health
  • Moto Syarikat: Cantik, Cerah, Gebu
  • Nama Produk: Jus Nusantara, Jus Qasih Sayang, Jamu Sri Dara, Almas Cafe, Slimdah Fiber Sol Cafe, Charisma dan banyak lagi.
  • Laman Web: www.almas.com.my
  • Instagram: instagram.com/datinmaziahalmas
  • Facebook: facebook.com/almasBeautyHealth

Trivia Menarik Datin Maziah Mohamed

  1. Walaupun dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan, Datin Maziah membesar dan menetap di Kuala Lumpur.
  2. Pindah ke Kuala Lumpur disebabkan ayahnya bekerja sebagai pegawai di Keretapi Tanah Melayu (KTM).
  3. Mempunyai lima orang cahaya mata di mana dua anaknya iaitu Nurul Afiqah dan Mohd. Nasrul Afiq kini menguruskan legasi Almas Beauty & Health.
  4. Antara produknya yang paling popular adalah Jus Nusantara yang mana formulanya adalah gandingan bahan-bahan sunnah serta herba tempatan seperti delima, habbatussauda, madu, kurma, temulawak, halia bara, dan cekur.
  5. Untuk menjaga kesihatan, Datin Maziah mengelakkan diri daripada makan makanan berminyak dan berlemak serta minuman berais. Hanya buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi keutamaan ahli perniagaan ini.
  6. Seorang yang pandai memasak. Antara hidangan yang selalu dimasaknya adalah nasi dagang ikan tongkol, ayam percik dan udang masam manis.
  7. Suka menaja program-program berbentuk kerohanian seperti Da’i Pendakwah Nusantara (TV3) dan Tahfiz Muda (Astro Oasis).
  8. Suka melancong ke luar negara. Antara negara-negara yang pernah dilawatinya ialah China, Jepun, Turki dan Eropah.
  9. Berpegang teguh kepada prinsip hidup iaitu orang yang berniaga kena kuat, bermuka tebal, sentiasa berjiwa besar serta jangan mudah putus asa.
  10. Gemar memakai barangan perhiasan emas kuning seperti rantai, gelang, anting-anting dan cincin.
  11. Mempunyai 24,000 pengikut di Instagram miliknya.

Biodata Datin Maziah Mohamed Almas Beauty Dan Suami Dato' Hassanal Bolkiah Abd. Wahab

Datin Maziah Mohamed (Pengasas Almas Beauty) Bersama Anak Perempuannya Nurul Afiqah

Datin Maziah Mohamed (Pengasas Almas Beauty) Dan Datin Furyna (Pengasas Aurawhite)

Datin Maziah Mohamed Pengasas Jus Nusantara

Foto Keluarga Datin Maziah Mohamed Ketika Menunaikan Umrah

Majlis Perkahwinan Anak Pengasas Aumas Beauty, Afiqah Dan Syafiq

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

2 comments

  1. orang kelantan ni memang pandai berniaga.

  2. Qari junior. Senua bagus. Anak2, para juri semua ikut Cara pakaian, tutor kata, ucapan, Komen adalah Islamik.tetmasok Datin ni. Tapi KENAPE YE, BAJUNYA KETAT KETAT, nunjok2 body oh cantiknya Si Datin ni? Sponsor benda Baik utk rancangan Baik tapi macam masok Pertandingan Ratu cantek plak! APA ni??? Pakai longgar2lah! RIAK sunggoh nak tunjok2 cantik tubohnya! Itu utk tuntunan Suami je! Buat malu je PD Islam NI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: