Langgan newsletter kami!
Datuk Faroz Jakel

Biodata Datuk Faroz, Pemilik Gedung Tekstil Terkemuka Jakel

Biodata Datuk Faroz Jakel | Siapa yang tidak mengenali usahawan hebat tempatan bernama Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel atau lebih mesra disapa Datuk Faroz ini. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap pemilik kepada gedung tekstil terkemuka tanah air, Jakel.

Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 2009, anak jati Johor ini mula mengambil alih perniagaan sambil dibantu oleh adik-adiknya yang lain. Dengan kewibawaannya sebagai pemimpin, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh Jakel di dalam dan di luar negara.

Antaranya, Anugerah Jenama Antarabangsa Terbaik di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016, Gedung Tekstil Terbesar Di Dunia 2016 oleh Yayasan Jenama Terbaik serta Anugerah Penjenamaan Korporat di Anugerah The BrandLaureate – Jenama Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2014.

Kejayaannya dalam dunia bisnes sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan usahawan muda untuk berjaya.

Untuk info, Jakel yang ditubuhkan pada tahun 1985 kini mempunyai lebih daripada 20 cawangan di seluruh negara dengan lebih 5,000 kakitangan. Gedung ini menawarkan pelbagai jenis fabrik berkualiti tinggi dari luar negara dengan variasi warna, corak serta rekaan yang menarik dan harga yang murah dan sangat berpatutan. Selain tekstil, Jakel juga menjual langsir, pakaian formal, pakaian kasual, set pakaian pengantin, karpet, tikar getah dan banyak lagi.

Biodata Datuk Faroz

  • Nama Penuh: Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel
  • Nama Panggilan: Datuk Faroz
  • Tarikh Lahir: 1972
  • Umur: 45 Tahun (2017)
  • Keluarga: Anak sulung daripada 12 adik-beradik
  • Asal: Muar, Johor
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Datin Farah Haryani Muhammad Philip
  • Nama Anak: Shierryn Badrisyea dan Muhammad Farhan (2 orang anak)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Ahli Perniagaan
  • Laman Web: www.jakel.my dan www.jakelonline.my
  • Facebook: facebook.com/GedungTekstilJakel
  • Instagram: instagram.com/jakeltextile

Trivia Menarik Datuk Faroz

  1. Mempunyai darah campuran Melayu-India.
  2. Membantu menguruskan perniagaan Jakel sejak berusia belasan tahun lagi.
  3. Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan atau doktor.
  4. Atas sumbangan beliau terhadap masyarakat dan dunia perniagaan, usahawan hebat ini telah dianugerahkan Pingat Jaksa Negara yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2013.
  5. Beliau turut menerima anugerah sebagai Pemimpin Berwawasan 2016 di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016 dan Ikon Perniagaan Tahunan pada Anugerah Kecemerlang­an Perniagaan 2014.
  6. Seorang yang suka bersedekah dan mengeluarkan zakat.
  7. Pertama kali bertemu dan berkenalan dengan isterinya di kedai kain Jakel di Segamat, Johor.
  8. Isterinya adalah seorang usahawan tudung Aryani dan berperanan sebagai Pengarah Pemasaran Ariani Textiles Manufacturing Sdn Bhd serta bertanggungjawab merencanakan strategi pemasaran produk untuk Galeri Ariani dan Ariawi RTW.

Kisah Perniagaan Jakel

Jakel mula ditubuhkan pada tahun 1985 di sebuah premis kecil yang terletak di Segamat, Johor. Pada mulanya ia menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan oleh pengasasnya Mohamed Jakel dengan hanya bermodalkan RM30 dan dua pekerja. Seterusnya, ia telah mengembangkan perniagaan dan mula membuka premis di Kuala Lumpur pada tahun 2008.

Ternyata usaha melebarkan perniagaan ke ibu negara membuahkan hasil yang lebih lumayan. Ini kerana nama Jakel bukan hanya menjadi sebutan para pelanggan golongan biasa, malahan ia turut dipilih sebagai gedung tekstil kegemaran golongan ternama dan pereka fesyen tanah air. Apa yang membuatkan Jakel mudah diterima ramai ialah kerana konsep mesra pelanggan yang diterapkan oleh syarikat itu.

Buktinya pada hari ini Jakel muncul sebagai syarikat pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran tempatan dan luar negara. Dengan memperluaskan lagi pemasaran Jakel, syarikat ini mendapat hak eksklusif menjual jenama-jenama kain terkenal antaranya Valentino, Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel Ungaro. Bagi kumpulan fabrik yang tidak berharga mampu milik, pelanggan boleh memilih fabrik seperti sutera Korea, sutera sulaman Thai, sifon bermanik dan bermacam-macam lagi.

Datuk Faroz Jakel Dan Datuk Siti Nurhaliza

Logo Jakel

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

2 comments

  1. Zulkarnain bin mohd hassan

    Salam.selamat pagi dato semoga dato dalam kondisi yg baik sihat dan sejahtera sekeluarga hendaknya . Tujuan sebenarnya saya zulkarnain bin mohd hassan mengirim pesanan ringkas ini adalah setelah saya membaca biodata dato , saya yang didalam keadaan ditimpa musibah yg diduga olehnya .merayu dan meminta jasabaik dan keperihatinan dato memohon bantuan kewangan bg mempersiapkan kelengkapan persekolahan anak saya seramai 7 org dan 4 orang akan bersekolah pada seisi 2019 ini..saya buntu kerana baru diberhentikan kerja drp majikan kerana menutup perniagaannya yg kurang permintaan .segala persediaan belum lg ada kerana diberhentikan dgn mengejut pd akhir bulan yg lps.diharap dato dapat lah sudi kiranya meringankan kerumitan yg saya alami sekeluarga ini dato.sekian saya mengahiri permohonan saya dgn ucapan setinggi2 terimakasih dan segala jawapan dari pihak dato dan organisasi dato saya terima dgn doa yg seamat2 mendalam agar jakel terus cemerlang dan terbilang selamanya.amin. yg memohon zulkarnain bin mohd hassan no kad pengenalan 740930015465 h/p 0177460230 no 42 jln pendekar 20 tmn tun aminah skudai johor bahru johor.

  2. Tulis biodata tak ada ringkasan ke tentang education level atau tahap akademik beliau, Sekolah dimana, sampai tingkatan berapa. Tiada apa yg memalukan walau pun tokoh ini berjaya hingga tingkatan 5 sebab ramai lagi tokoh2 usahawan berjaya tetapi tidak memiliki tahap akademi yg tinggi. Datuk Siti Nurhaliza sbg contoh. Saya hanya mempertikaikan biodata ini yg tidak lengkap, bukan tahap akademik tokoh diatas. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: