Langgan newsletter kami!
Elly Arifin

Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara Ke Pentas Lakonan

Biodata Elly Arifin | Mengikuti langkah rakan sekerjanya iaitu Adriana Adnan, Eleena Sui dan Yaya Zahir, pengacara program hiburan HLive berkenaan kini telah pun bergelar seorang pelakon. Ternyata, wartawan penyiaran Astro ini bukan sahaja berbakat dalam pengacaraan malahan di pentas lakonan.

Drama lakonannya iaitu Semusim Rindu bergandingan bersama Intan Ladyana dan Ben Amir sedang ditayang menerusi slot Tiara di Astro Prima dan Astro Maya HD mulai 20 Mei 2017 lalu.

Biodata Elly Arifin

  • Nama Penuh: Nurul Elyana Kamalul Arifin
  • Nama Komersil: Elly Arifin
  • Tarikh Lahir: 21 November 1989
  • Umur: 28 Tahun (2017)
  • Asal:Taman Melawati, Kuala Lumpur
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Mohammad Aizat (Jiggy Raja Lawak 6)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pengacara, Wartawan Penyiaran, Penerbit, Deejay Radio, Pelakon dan Usahawan
  • Kelab Peminat: Elly Arifin Rangers (EAR)
  • TV Hos: HLive, Unplugged dan Propaganza(segmen Stalista)
  • Drama: Semusim Rindu
  • Twitter: twitter.com/ellyarifin
  • Instagram: instagram.com/ellyarifin

Trivia Menarik Elly Arifin

  • Seorang yang spontan, mudah mesra, gila-gila, manja dan kadang-kadang sedikit ganas.
  • Elly Arifin menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan bernama Mohammad Aizat atau lebih dikenali sebagai Jiggy Raja Lawak 6 pada 9 September 2016.
  • Elly Arifin dan suami mula rapat ketika bertugas di radio atas talian iaitu KL Pop.
  • Sebelum menjadi wartawan penyiaran dan pengacara HLive, Elly Arifin juga merupakan deejay di Era.Fm sejak 2014.
  • Merupakan graduan Multimedia dari Institut Media Intergratif Malaysia (MIIM) yang sebelum ini dikenali sebagai Akademi TV3.
  • Turut menjalankan bisnes atas talianyang  dikenali sebagai Ellyzardjunks yang menjual aksesori seperti bracelet.
  • Makanan kegemaran adalah ayam dan daging salai masak cili api bersama teh ais limau dan laici.
  • Mempunyai hampir 40,000 pengikut di Instagramnya.

Elly Arifin Bertudung Ala Muslimah

Elly Arifin Cantik Berhijab

Elly Arifin Dan Ibu

Gambar Elly Arifin Dan Suami

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: