Langgan newsletter kami!
Gaya Rambut Ala Artis Korea Fadlan Hazim

Biodata Fadlan Hazim, Hero Papa Ricky

Nama Fadlan Hazim menjadi siulan netizen sejak drama berantai lakonannya iaitu Papa Ricky mula ditayangkan di Astro Prima dan Astro Maya HD mulai 16 Januari lalu.

Diangkat sebagai teraju utama dalam drama 80 episod itu, Fadlan digandingkan bersama pelakon dan penyanyi cantik, Elizad Sharifuddin serta pelakon cilik, Nur Qistina Raisah.

Sebelum melangkah ke dunia lakonan, jejaka kacak kelahiran Kuala Lumpur berkenaan pernah menganggotai kumpulan nyanyian genre K-Pop, V.I.P yang diketuai Adam AF satu ketika dulu.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan dengan figura yang tinggi lampai ini.

Biodata Fadlan Hazim

  • Nama Penuh: Fadlan Hazim bin Anuwar
  • Nama Komersil: Fadlan Hazim
  • Tarikh lahir: 2 Januari 1992
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Asal: Taman Melawati, Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak sulung daripada lima adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model
  • Drama: Papa Ricky, Delina, Cinta Si Wedding Planner, Dhia Sofea, Dunia Generasi Baru, Hotel Mania, Dendam Semalam, Sopeah Jin, Suamiku Jururawat, Hey Missy, Liplap Raya, Spy Lah Sangat, Kahwin Muda, Manuskrip Cinta dan banyak lagi.
  • Filem: Abang Lejen, Banglo Berkunci, Sniper dan Jibam the Movie
  • Modeling: KFC, Celcom, Alfio Raldo, OXY Icy Cool dan ELITE (gel rambut)
  • Facebook: www.facebook.com/Fadlan-Hazim
  • Twitter: twitter.com/fadlanhazim92
  • Instagram: instagram.com/fadlanhazim
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Fadlan_Hazim

Trivia Menarik Fadlan Hazim

  1. Sebelum terjun ke bidang nyanyian dan lakonan, Fadlan pernah menceburi bidang peragaan ketika berusia 16 tahun.
  2. Pernah menyertai pertandingan Pencarian lelaki Kacak Bergaya 2010 Pancaindera (akhbar Utusan Malaysia).
  3. Pernah bernaung dibawah label KRU Studios dan MIG Talents.
  4. Beliau pernah mengendalikan program hiburan terbitan KRUTV iaitu Paparazzi.
  5. Menjadikan pelakon hebat, Faizal Hussein sebagai idolanya dalam dunia lakonan.
  6. Fadlan pernah belajar di Universiti Multimedia Cyberjaya selama satu semeter dalam bidang Filem dan Animasi pada tahun 2010.
  7. Jenama fesyen kegemaran Fadlan ialah Zara dan TopMan.
  8. Pernah dikejarkan ke hospital akibat mengalami sakit tonsil dan jangkitan di tekak sehingga ditahan seminggu di hospital swasta, KPJ Ampang Puteri Specialist.
  9. Satu sekolah dengan pelakon cantik, Amyra Rosli iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati, Kuala Lumpur.
  10. Menjadi duta kempen Syukur Selalu TV9 (2015) bersama Fizo Omar dan Elfira Loy.
  11. Fadlan suka menonton televisyen dan bermain video games jika ada masa terluang.
  12. Selain menari, beliau aktif dalam sukan bola keranjang sejak di bangku sekolah lagi.

Gaya Rambut Fadlan Hazim

Poster Drama Papa Ricky

Body Sado Dan Sasa Fadlan Hazim

Fadlan Hazim Dan Adik Nur Qistina Raisah

Foto Fadlan Hazim Bersongkok Dan Cermin Mata Hitam

Gambar Fadlan Hazim Dan Kekasih Hati

Gaya Rambut Ala Artis Korea Fadlan Hazim

Gambar Fadlan Hazim Lelaki Bergaya Dan Macho

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: