Langgan newsletter kami!
Fahad Iman

Biodata Fahad Iman, Pelakon Baru Drama Ku Kirim Cinta

Biodata Fahad Iman | Sejak dikenali menerusi drama bersiri popular iaitu Suri Hati Mr Pilot dan Isteri VS Tunang, nama Fahad Iman mula menjadi sebutan orang ramai.

Memulakan langkah sebagai seorang pelakon teater dan iklan komersil, aktor kacak ini merupakan salah satu bakat baharu yang berpotensi besar untuk bersinar di industri seni hiburan tanah air.

Terkini, drama lakonannya iaitu Ku Kirim Cinta bergandingan dengan Redza Rosli dan Ayda Jebat telah ditayangkan di slot Akasia di TV3 mulai 22 Mei 2017 lalu.

Biodata Fahad Iman

  • Nama Penuh: Mohamad Fahad Iman Mohd Zulhissham
  • Nama Komersil: Fahad Iman
  • Tarikh Lahir: 31 Mac 1993
  • Umur: 24 Tahun (2017)
  • Asal: Subang Jaya, Selangor
  • Keluarga: Anak kedua daripada lima adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, Aktivis Teater dan Model
  • Drama/Telefilem: Ku Kirim Cinta, Suri Hati Mr Pilot, Isteri VS Tunang, Anak Mat Saleh Tapi Melayu, Pengantinku Jatuh Dari Langit, Sayang Papa Saya Tak, Perang Otai Andam, Taman Diva dan banyak lagi.
  • Filem: Ola Bola
  • Teater: Wayang.. The Story Of Kuala Lumpur, Y.E.S Live! Broadway Kuala Lumpur, Tic Tac Toe, Daulat, Puteri Nyamuk, Lo Mio and Chiu Liet, Suara Rimba dan banyak lagi.
  • Facebook: facebook.com/fahadiman93
  • Twitter: twitter.com/fahadiman93
  • Instagram: instagram.com/fahadiman

Perkara Menarik Tentang Fahad Iman

  1. Berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
  2. Selesa menguruskan kerjayanya sendiri tanpa pihak pengurusan atau pengurus peribadi.
  3. Drama Isteri VS Tunang merupakan drama pertamanya.
  4. Merupakan graduan jurusan Seni Persembahan dari Sunway University.
  5. Aktif di pentas teater sejak di menara gading.
  6. Jika ada masa lapang, Fahad suka melancong ke luar negara dan berfotografi.
  7. Pernah membintangi beberapa iklan komersil seperti Maggi, KFC, Toyota, Coca-Cola Zero, Shell, TM Unifi dan McDonald’s.
  8. Menjadikan Iedil Putra sebagai idolanya di dalam dunia seni lakonan.
  9. Pengarah terkenal, Michael Ang merupakan insan yang membawanya ke industri seni hiburan dan mempercayai bakat lakonannya.
  10. Sukakan wanita yang berdikari, yakin dan tidak kisah apa orang lain fikir.

Foto Fahad Iman

Gambar Passport Artis Fahad Iman

Stail Fahad Iman

Wajah Handsome Fahad Iman

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: