Langgan newsletter kami!
Profiel Gabriella Robinson

Biodata Gabriella Robinson, Suri Hati Hans Isaac

Industri seni hiburan Malaysia gempar seketika apabila pelakon dan pengarah popular, Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya penghujung Februari 2017 lalu.

Akan melangsungkan perkahwinan di St. John Cathedral Church, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2017 nanti, Datuk Hans Isaac memilih bekas pemenang Miss Tourism International 2011, Gabriella Robinson sebagai suri hatinya.

Untuk pengetahuan semua, figura cantik jelita yang mesra disapa Gabby ini juga merupakan Miss Malaysia Tourism 2011.

Jom kita berkenalan dengan wanita tinggi lampai berbintang Virgo ini.

Biodata Gabriella Robinson

  • Nama Penuh: Aileen Gabriella Robinson
  • Nama Komersil: Gabriella Robinson
  • Nama Panggilan: Gabby
  • Tarikh Lahir: 26 Ogos 1989
  • Umur: 28 Tahun (2017)
  • Zodiak: Virgo
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak ketiga daripada lima adik-beradik
  • Agama: Kristian Katolik
  • Keturunan: Mempunyai darah campuran Inggeris (Bapa) serta India dan Cina (Ibu)
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Model, Penari dan Pelakon
  • Twitter: twitter.com/iamissrobinson
  • Instagram: instagram.com/gabriellarobinson

Fakta Menarik Tentang Gabriella Robinson

  1. Merupakan graduan Ijazah Sarjana muda Seni Kreatif dan Drama dari Universiti Deakin di Melbourne, Australia serta Diploma Seni Persembahan dan Media di Sunway University.
  2. Menari, mengembara, melukis, fotografi dan membaca merupakan aktiviti kegemaran Gabriella.
  3. Sebelum menyertai ratu cantik, Gabriella sangat aktif di pentas teater di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac) di Sentul.
  4. Mempunyai studio tariannya sendiri di Bangsar iaitu Shall We Dance Studio.
  5. Sangat mementingkan penjagaan badan dengan bersenam di gimnasium pada awal pagi sebelum memulakan sesuatu aktiviti lain.
  6. Menerusi pertandingan Miss Tourism International 2011, Gabriella berjaya menewaskan 53 ratu cantik yang mewakili negara masing-masing serta mencipta sejarah sendiri apabila menjadi ratu cantik pertama negara yang menjuarai pertandingan tersebut.
  7. Sangat aktif dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Pernah mempersembahkan tarian untuk majlis amal seperti Tabung Bencana National Kedah dan Kiwanis Children with Autism.
  8. Pernah berlakon dalam siri popular, Oh My English.
  9. Hans dan Gabriella mengikat tali pertunangan pada 29 Januari 2017 lalu di Singapaura.
  10. Menjalinkan hubungan cinta pada pertengahan 2016 setelah mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu.
  11. Sikap merendahkan diri merupakan salah satu tarikan Gabriella di mata Hans.
  12. Mempunyai hampir 27,000 pengikut di Instagram miliknya

Gabriella Robinson Bekas Ratu Cantik Miss Tourism Malaysia

Gabriella Robinson Berpelukan Dengan Hans Isaac

Gabriella Robinson Menggayakan Busana Muslimah

Gabriella Robinson Yang Cantik

Gambar Romantis Hans Isaac Dan Gabriella Robinson

Image Of Hans Isaac And Gabriella Robinson

Profiel Gabriella Robinson

Wajah Cantik Gabriella Robinson Kekasih Hans Isaac

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: