Langgan newsletter kami!
Gambar Hael Husaini

Biodata Hael Husaini, Penyanyi Lagu Jampi

Biodata Hael Husaini | Sebelum ini, idustri seni hiburan Malaysia gempar seketika apabila duo popular iaitu Azhael yang dianggotai oleh Hael Husaini (Hael) dan Azhar mengambil keputusan untuk bergerak secara individu. Pengumuman itu dibuat menerusi Instagram Hael pada awal Februari 2017 lalu.

Untuk info, mereka berdua disatukan sebagai satu kumpulan ketika menyertai program Akademi Fantasia (AF) 2013 dan merangkul gelaran tempat kedua.

Kini, lagu solo terbaru nyanyian Hael Husaini iaitu Jampi telah menjadi popular dan seringkali diputarkan di corong-corong radio tempatan. Paling menarik, video muziknya ditonton sebanyak lebih 2 juta tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada 10 Februari 2017.

“Lagu ini mungkin berbeza dengan lagu-lagu lain kerana mesej yang ingin disampaikan seperti terpukau ataupun jadi angau. Sebab tu saya bagi tajuk ‘Jampi’.

Selain menyanyi, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga aktif mencipta lagu untuk diri sendiri dan artis-artis tempatan.

Biodata Hael Husaini

Trivia Menarik Hael Husaini

  1. Merupakan seorang yang periang, suka bergurau, mementingkan ketrampilan diri dan cepat gelabah jika berlaku kesilapan.
  2. Tidak suka memandu.
  3. Pernah bekerja sebagai jurugambar.
  4. Selain Akademi Fantasia (AF), Hael pernah menyertai program Mentor 3 secara duo bersama Erul yang dikenali sebagai Evo dan merupakan protege kepada Jaclyn Victor.
  5. Sebelum menggunakan nama asli, Hael menggunakan Sani sebagai nama pentasnya.
  6. Healers merupakan nama kelab peminatnya.
  7. Pernah mengendalikan program hiburan terbitan Astro, Propaganza.
  8. Sukakan muzik berentak Pop dan R&B.
  9. Menghasilkan kira-kira 20 lagu buat artis-artis popular tempatan. Antaranya Dayang Nurfaizah (Dia), Indah Ruhaila (Semua Untuk Cinta), Amira Othman (Hati-Hati), Nabila Razali (Cemburu) dan Dafi (Girl).
  10. Pernah menerima kontroversi seperti didakwa oleh sesetengah netizen sebagai seorang homoseksual (menjalinkan hubungan sejenis) dan lelaki lembut.
  11. Pernah dinobatkan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-21 ketika bersama Azhael.
  12. Mempunyai hampir 300,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Hael Husaini

Gaya Fesyen Remaja Hael Husaini

Gaya Rayban Hael Husaini

Hael Husaini Dan Ismail Izzani

Hael Husaini Poster Lagu JAMPI

Sangat Handsome Wajah Hael Husaini

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

2 comments

  1. sedap lagu dia, baru tahu siapa punya lagu. terbaikkkk!!

  2. Ajl kali ini di Jampi, btw tahniah Hael

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: