Langgan newsletter kami!
Harith Iskander Header Photo

Biodata Harith Iskander, Godfather of Stand-Up Comedy Malaysia

Minggu ini heboh dengan kemenangan pelawak terkenal Malaysia, Harith Iskander yang telah menjuarai pertandingan Funniest Person in The World 2016 yang berlangsung di Helsinki, Finland sekaligus dinobatkan sebagai Manusia Paling Lawak Di Dunia. Beliau membawa pulang hadiah berjumlah USD$100,000.

Tahniah! Memang hebat Harith Iskander kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Siapa tahu mungkin selepas ini Adam Sandler akan ajak beliau berlakon sama?

 

Biodata Harith Iskander

  • Nama Penuh: Harith Iskander bin Musa
  • Nama Popular: Harith Iskander
  • Tarikh Lahir: 7 Ogos 1966
  • Umur: 50 tahun (2016)
  • Asal: Johor Bahru, Johor
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin pada 12 Jun 2010
  • Nama Isteri: Jezamine Lim (pemenang Girl Next Door 2009 majalah FHM)
  • Kerjaya: Pelawak, Pelakon dan Usahawan
  • Pencapaian:
    – Anugerah Asia’s Best Stand-Up Comedian oleh majalah Asia pada 2014
    – Juara Funniest Person in The World 2016
  • Filem:
    – Selubung (1992)
    – Hanya Kawan (1997)
    – Anna and the King (1999)
    – Sepet (2005)
    – Baik Punya Cilok (2005)
    – Buli Balik (2006)
    – Cuci (2008)
  • Sitcom/Rancangan TV:
    – Phua Chu Kang Sdn Bhd
    – Ah-ha bersama Afdlin Shauki
    – Thursday Nite Live
    – Anugerah Industri Muzik (NTV7) – Pengacara bersama
    – Lawak Ker Der
    – Lawak Ke Der 2
    – Lawak Ke Der 3
    – KomeDiRi
    – Obviously Harith Iskandar (Astro Awani)
    – Anugerah Industri Muzik ke-22 (Astro Ria)

 

Fakta Menarik Tentang Harith Iskander

  • Harith Iskander telah berkahwin dengan Jezamine Lim yang merupakan seorang doktor dan model profesional. Mereka sebelum ini berkenalan melalui Facebook.
  • Di samping kerjaya seni, Harith Iskander juga memiliki perniagaan melalui Restoran Samsaraa Kuala Lumpur yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
  • Beliau pernah berlakon untuk filem Hollywood berjudul Anna and the King yang dibintangi oleh Jodie Foster dan Yun-Fat Chow pada tahun 1999.

Gambar Lucu Harith Iskander

Funniest Person In The World

Harith Iskander Dan Isteri, Jezamine Lim

Harith Iskander Family

Gambar Keluarga Harith Iskander (Isteri Dan Anak Anak)

Gaya Pelawak Harith Iskander

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: