Langgan newsletter kami!
Iswan Ismail Cover Photo URTV

Biodata Iswan Ismail, Pelakon Berbadan Sasa Mirip Putera Mateen

Iswan Ismail adalah pelakon lelaki berbadan sado dan juga seorang model yang berasal dari Singapura. Mungkin nama beliau masih lagi kurang dikenali di Malaysia namun, kelibat jejaka handsome dalam drama Hero Seorang Cinderella ini telah sedikit sebanyak membuka mata peminat di Malaysia.

Baru-baru ini juga nama Iswan Ismail menjadi viral kerana wajah dan susuk badannya dikatan mirip kepada Putera Mateen. Gambar ‘Abang JPJ’ yang diedit dan diletakkan bersebelahan putera raja Brunei ini memang nampak iras dan boleh membuatkan gadis-gadis di luar sana gila bayang.

Berkelulusan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana (Master), Iswan Ismail sememangnya seorang yang amat teliti dalam bidang pendidikan. Memang bukan calang-calang orang tau!

Biodata Iswan Ismail

  • Nama Penuh: Muhammad Iswan Ismail
  • Nama Komersil: Iswan Ismail
  • Tarikh Lahir: 23 Mac 1988
  • Umur: 29 Tahun (2017)
  • Pendidikan:
    – Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biologi dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura
    – Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Business Administration dari Universiti Coventry
  • Warganegara: Singapura
  • Adik Beradik: Anak bongsu daripada dua adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Drama/Telemovie: Hero Seorang Cinderella, Shhh… I Love U, Luna Elvira, Papa Sayang, Di Pintu Syurga, Ops Cinta Din Sardin, Suri Hati Mr Pilot Raya, Karisma, Lara Cinta Ameena, Tika Suria Mendongak, Nasi Minyak Kuah Cinta dan banyak lagi.
  • Instagram: @iswanismail88
  • Twitter: @iswanismail
  • Facebook: https://www.facebook.com/iswan.ismail23

Perkara menarik Tentang Iswan Ismail

  • Seorang penggemar kucing.
  • Rutin harian adalah ke gimnasium untuk menjaga bentuk badan dan stamina.
  • Sentiasa bangun seawal jam 6.00 pagi setiap hari untuk solat Subuh.
  • Sehingga kini Iswan Ismail masih belum ada kekasih hati. Hubungan cinta sebelum ini telah terputus sejak beliau mula berlakon pada 2016.
  • Antara ciri gadis idaman Iswan Ismail adalah wanita yang berambut panjang dan bertudung. Untuk dating pula, beliau lebih suka ke restoran yang ada persembahan band dan seterusnya ke tempat yang lebih tenang untuk berbual santai.

Iswan Ismail Pelakon Yang Minat Kucing

Abang JPJ Iswan Ismail Mirip Putera Mateen Brunei

Gambar Iswan Ismail

Image Of Iswan Ismail

Iswan Ismail Badan Sado (Tak Pakai Baju)

Iswan Ismail Dan Jasmine Suraya Dalam Hero Seorang Cinderellela

Iswan Ismail Jejaka Handsome Singapore

Photo Iswan Ismail

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: