Langgan newsletter kami!
Jihan Muse

Biodata Jihan Muse, Ratu Parodi Malaysia

Jihan Muse. Ratu Parodi Malaysia. Itulah gelaran yang diberikan oleh para peminat terhadap pelawak wanita popular tanah air, Jihan Muse yang sering kali meniru gaya artis untuk segmen Parodi di Meletop.

Paling menarik, pengacara Gegar Vaganza ini berjaya mencipta rekod dan memecahkan stigma bahawa perempuan tidak pandai melawak apabila berjaya meraih tempat kedua dalam program Raja Lawak 2009.

Selain sibuk dengan aktiviti seni lakon dan pengacaraan, figura kelahiran Hulu Langat, Selangor ini turut diberikan peluang oleh Astro untuk mengendalikan program bual bicaranya sendiri iaitu Jihan Show yang disiarkan di Astro Warna 132 bermula 2 Mac 2017 yang lalu.

Jom kita berkenalan dengan wanita yang kelakar dan versatil ini.

Biodata Jihan Muse

  • Nama Penuh: Nur Jihan Binti Muse
  • Nama Komersil: Jihan Muse/ Jihan Raja Lawak
  • Tarikh Lahir: 29 Ogos 1983
  • Umur: 34 Tahun (2017)
  • Zodiak: Virgo
  • Asal: Hulu Langat, Selangor
  • Keluarga: Anak kedua daripada empat adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Ungku Hariz (Pelakon)
  • Kerjaya: Pelawak, Pelakon, Pengacara dan Deejay Radio
  • Kelab Peminat: Jihanizer Fan Club
  • Host: Anugerah Planet Muzik (APM) 2015, Diari Akademi Fantasia (AF) 2014, Gegar Vaganza (2014-2016), Aku Yang Masak Kau Yang Panas, Jejak Jepun Jihan, Projek Memikat Suami, Ceria All Star, Anugerah Meletop Era 2016, Meletop, Konsert Gempar superstar, Konsert Mega Gegar Vaganza dan banyak lagi.
  • Drama/Telemovie: Oh My English!: Road To Jogja,Jihan Cari Calon Suami, hantu Gigi, Salam Cinta Ustazah Husna, jihan Bodek Mak Mertua,Hantu Wefie, patah Seribu, Rompompom, Jihan Nak Balik Raya, Buta Cinta, Pelakon Ekstra, Jihan Nak Buat open House, Bujang Sepah Silalitamplom, Bujang Sepah Lemang Aidilfitri dan Rendang Tok Wan.
  • Filem: Adik Manja Return, Mat Tudung dan Rumah Pusaka Disimpang Jalan.
  • Teater: Maduku Kalut, Maduku Kalut Return, Malam 7Drama 7 Duri, KLKU, Lorong Blues
  • Facebook: www.facebook.com/jihanmusemy
  • Twitter: twitter.com/jihanmuse
  • Instagram: www.instagram.com/jihanmuse/
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Jihan_Muse

Fakta Menarik Tentang Jihan Muse

  • Sebelum menyertai Raja Lawak 3 (2009), Jihan pernah berkhidmat dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai juruteknik bangunan dan berjinak-jinak dengan pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi.
  • Mempunyai darah campuran Jawa, Riau, Minang dan Bugis.
  • Sepanjang bergelar anak seni, Jihan pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013, Pelakon komedi Tv Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Selebriti Komedi Pilihan Online di Anugerah Pilihan Online (APO) 2016.
  • Menamatkan zaman bujang dengn jejaka pilihan hati, Ku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli pada 20 Mac 2016 lalu selepas sembilan tahun menjalin hubungan cinta.
  • Pernah bergelar penyampai radio Sinar.FM bersama Shahrol Shiro menerusi segmen Sinar Sabtuday.
  • Duta produk kecantikan Secret Skin White Kawaii Collagen.
  • Zara Zya, Fara Fauzana dan Shila Amzah antara rakan selebriti yang paling rapat dengan Jihan.
  • Akaun Instagramnya pernah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga dipautkan ke laman lucah dan hilang 1.1 juta pengikut. Selepas membuka akuan Instagram baru, figura ini berjaya mendapatkan semula username terdahulunya.
  • Ku Hariz menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita yang cantik, kuat, pandai berdikari dan menjaga hati.
  • Mempunyai hampir 60,000 pengikut di Facebook, 20,600 di Twitter dan 1 juta di Instagram miliknya.

Foto Selfie Pelawak Jihan Muse

Gambar Jihan Muse Di MLM 2017

Gambar Romantis Jihan Muse Dan Suami

Jihan Muse Bersama Zara Zya Dan Amy Mastura Untuk Jihan Show

Jihan Muse Duta Produk Kecantikan Secret Skin White Kawaii Collagen

Jihan Muse Menyanyi Lagu

Jihan Muse Semakin Cantik

Jihan Muse

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: