Langgan newsletter kami!
Gambar Solo Johan Raja Lawak

Biodata Johan Raja Lawak, Pelawak Versatil Popular

Selepas menyertai program Raja Lawak musim pertama, jenama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau akrab disapa Johan Raja Lawak semakin gah di arena seni hiburan tanah air.

Dari seorang pelawak, anak jati Selangor ini mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan, pengacaraan dan penyampai radio. Sedar atau tidak, Johan kini sudah berkecimpung dalam industri seni tempatan lebih sembilan tahun sejak bergelar anak seni.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan antara pelawak paling popular di Malaysia ini.

Biodata Johan Raja Lawak

  • Nama Penuh: Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz
  • Nama Komersil: Johan Raja Lawak / Johan
  • Tarikh Lahir: 13 Jun 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Asal: Ampang, Selangor
  • Keluarga: Anak sulung daripada dua adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Ozlynn Watie (Rozlinawaty Ismail)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelawak, Pelakon, Deejay Radio dan Pengacara
  • Nama Kelab Peminat: Johan FC dan Jozaners
  • TV Host: Lawak Solo, Skool of Lawak, Achaner Tu Johan, Jozan Show, Betul Ke Bohong? (musim 6 dan 7), Betul Ke Bohong? Sayang, Propaganza, Raja Lawak (musim 2 hingga 7), Anugerah Meletop ERA (AME) 2015 dan 2016, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 dan banyak lagi.
  • Telefilem: Puding Bling-Bling, Hantu BlueRey, Bila Shuib Speaking London, Halimah Jongang, Hang Pa La Hang Tu, Duyung & Dugong, Drogba & Rooney, Awek Ku Bukan Awek Mu dan banyak lagi.
  • Filem: Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Libas, Bujang Terlajak, Raya Tak Jadi, Berani Punya Budak, Uncle Usin, Papadom 2 dan banyak lagi.
  • Anugerah dan Pencapaian: Anugerah Top Top Meletop, Couple Meletop dan Penyampai Radio Meletop di Anugerah Meletop ERA (ERA) 2016, Penyampai Radio Lelaki Popular di ABPBH 2014 dan 2013, Juara Maharaja Lawak Mega 2012 (Jozan), Artis Komedi Popular di ABPBH 2011 dan banyak lagi.
  • Twitter: twitter.com/joherajohera
  • Instagram: instagram.com/jozlynnhanania
  • Youtube: youtube.com/channel/UCAGHeAXfoREF6Uncg9MYF5w
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Johan_Raja_Lawak

Fakta Menarik Tentang Johan Raja Lawak

  1. Mempunyai darah kacukan Melayu-Cina.
  2. Merupakan anak saudara kepada pelawak lagenda, Salih Yaakob.
  3. Peminat tegar pasukan bola sepak antarabangsa, Arsenal.
  4. Menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati iaitu Ozlynn Watie pada 25 Julai 2009 selepas mengenali wanita itu sejak di bangku sekolah lagi.
  5. Hasil perkahwinan berkenaan, Johan dan Ozlynn dikurniakan empat orang anak iaitu tiga orang lelaki bernama Ariq, Sodiq, Haziq dan seorang perempuan yang bernama Nur Latifah Chantiq Hanania.
  6. Segala urusan berkaitan tawaran kerja dan pengurusan diuruskan oleh isterinya, Ozlynn Watie selaku pengurus peribadinya.
  7. Mempunyai syarikat pengurusan sendiri iaitu JWH Production.
  8. Pernah berniaga otak-otak di Ampang dan busking di Pasar Seni.
  9. Popular dengan trademark seperti Mak Jemah, Linda, Rozi Tiger dan Ah Chai.
  10. Pernah dikecam netizen kerana aksi cium mulut beliau dan isteri di ABPBH 2014.
  11. Zizan Razak merupakan rakan artis yang paling rapat dengan Johan.
  12. Serasi bersama terutamanya di atas pentas, Johan dan Zizan menubuhkan kumpulan sendiri iaitu Jozan.
  13. Sudah enam tahun bergelar penyampai radio di ERA.FM dan sangat dikenali dengan program pagi JOHARA bersama Hanif dan Ray.
  14. Tidak mempunyai Facebook. Instagram @jozlynnhanania dikemaskini oleh isterinya manakala twitter kebanyakkannya berkaitan info dari ERA yang diretweet olehnya sendiri.
  15. Mempunyai 2.7 juta pengikut di instagram miliknya.

Gambar Solo Johan Raja Lawak

Gaya Lucu Johan Dan Ozlynn Watie

Johan Dan Zizan (Jozan) Bersama Bos ERA

Johan Raja Lawak Dan Isteri Ozlynn Watie Cantik Bertudung

Johan, Hanif Dan Ray Trio Johara ERA.FM

Telatah Johan Raja Lawak Dan Anak Perempuannya, Chantiq

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: