Langgan newsletter kami!
Mawar Rashid Bertudung

Biodata Mawar Rashid, Heroin Suamiku Paling Sweet

Walaupun masih setahun jagung dalam arena seni lakonan, mutu lakonan gadis bernama Mawar Rashid ini tidak boleh dipandang enteng. Masih baharu dan muda, namun anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersemangat dalam membina nama sebagai seorang selebriti.

Selepas kejayaan drama rantaian Tundukkan Playboy Itu, Mawar kini tampil dengan buah tangan terbaharunya iaitu Suamiku Paling Sweet yang telah ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 13 Februari 2017 lalu bergandingan bersama pelakon kacak, Syafiq Kyle dan pelakon cilik, Nik Adam Mikael.

Jom kita berkenalan dengan si cantik molek ini.

Biodata Mawar Rashid

Trivia Menarik Mawar Rashid

  1. Seorang yang peramah, humble, setia, cheerful dan outgoing.
  2. Merupakan finalis Top 5 pertandingan Dewi Remaja 2014/2015.
  3. Sebelum menyertai Dewi Remaja, figura ini lebih dikenali menerusi video-video viralnya di saluran Keek.
  4. Namanya pernah hangat dalam industri hiburan tempatan disebabkan naif gara-gara tidak mengetahui apa itu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika menjadi peserta Dewi Remaja sehingga digelarkan oleh sesetengah netizen sebagai Bimbo.
  5. Merupakan BFF kepada Emma Maembong dan Erin Malek.
  6. Sangat menganggumi pelakon berkaliber tanah air, Fauziah Nawi dan Elly Suriati.
  7. Jika ada masa lapang, Mawar suka berkaraoke, menonton filem serta meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman.
  8. Selain fobia dengan lipas, Mawar sangat sukakan kucing namun mempunyai alahan kepada bulu haiwan tersebut.
  9. Menjalankan bisnes atas talian iaitu menjual kanta lekap berjenama sendiri iaitu Pureroselens di Instagram miliknya.
  10. Sehingga kini, Mawar mempunyai lebih 800 ribu pengikut di Instagram dan 20 ribu di Twitter miliknya.

Aksi Comel Mawar RashidFesyen Bertudung Mawar RashidGambar Mawar Rashid Pelakon Suamiku Paling SweetMawar Rashid Gadis Malaysia Cantik BerhijabMawar Rashid Perempuan Melayu CantikMawar Rashid Bertudung

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: