Langgan newsletter kami!
Image Of Mustaqim Bahadon

Biodata Mustaqim Bahadon, Aktor Berbadan Sasa Kelahiran Perlis

Biodata Mustaqim Bahadon| Namanya mula mencuri tumpuan para peminat tanah air apabila membintangi drama bersiri Kerana Anisa satu masa dahulu. Sejak itu, anak jati Perlis ini kerap diberikan peluang menerajui watak utama untuk drama mahupun telemovie tempatan walaupun masih bertatih dalam industri seni lakon.

Selain aktif di pentas lakonan, figura kacak ini turut melebarkan sayapnya dalam bidang bisnes sebagai punca pendapatan keduanya.

Biodata Mustaqim Baharon

  • Nama Penuh: Mustaqim Bahadon
  • Nama Jawi : مستقيم بهادون
  • Tarikh Lahir: 1 Mac 1985
  • Umur: 32 Tahun (2017)
  • Asal: Kangar, Perlis
  • Keluarga: Anak kelima daripada enam adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon, Usahawan, Jurulatih Peribadi dan Model
  • Tinggi: 6 ft 0.5 in (1.84 m)
  • Status: Bujang
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kelab Peminat: Mustaqim Bahadon Official FC
  • Drama/Telefilem: Kerana Anisa, Hati Perempuan, Married Tapi Benci, Lara Terindah, 4 Penjuru, Hidayahmu Ramadan, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Lara Hati, Asmaradana, Jodoh Ke Uolls, Kasyaf, Menantu Second Class, Mat Kari Mek Tomyam, Serondeng Daging Abang Sado
  • Filem: KL Gangster 2, KL Special Force, KL Vampire, Kau Yang Satu dan Surf This Love
  • Facebook: www.facebook.com/mustaqimbahadon
  • Twitter: www.twitter.com/mustaqimbahadon
  • Instagram: www.instagram.com/mustaqimbahadon
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Mustaqim_Bahadon

Trivia Menarik Mustaqim Bahadon

  1. Mempunyai darah kacukan Melayu-Cina.
  2. Merupakan finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2008/2009.
  3. Mempunyai kelulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah.
  4. Seorang jurulatih peribadi di sebuah gym di ibu negara.
  5. Asmaradana merupakan drama bersiri pertamanya yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang pelakon di industri seni hiburan tanah air.
  6. Menggunakan khidmat pegawai perhubungan awam dan pengurus peribadi untuk menguruskan kerjaya seninya.
  7. Antara iklan komersil yang pernah dibintanginya seperti Tia Amelia, Nescafe Ipoh White Coffee dan Jakel.
  8. Pernah bekerja sebagai penghantar tong gas, membaiki telefon bimbit serta menjual kain, bantal dan selipar di pasar malam.
  9. Antara peristiwa pahit tentang dirinya adalah ayah beliau, Bahadon Hamzah telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru ketika Mustaqim Bahadon sedang menduduki peperiksaan akhir di pusat pengajiannya.
  10. Dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan aktres cun, Reen Rahim.
  11. Membuka kedai gunting rambut yang dikenali sebagai Shortea Barbershop di Wangsa Maju.
  12. Mempunyai lebih 100,000 pengikut instagram.

Artis Mustaqim Bahadon Segak Bersongkok

Gambar Mustaqim Bahadon Memakai Topi

Gaya Mustaqim Bahadon

Ibu

Image Of Mustaqim Bahadon

Mustaqim Bahadon Dan Ibu Kandung

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: