Langgan newsletter kami!
Pogba Header Banner

Biodata Paul Pogba, Pemain Bolasepak Termahal Dunia

Paul Pogba adalah seorang pemain bola sepak professional yang kini bermain untuk kelab Manchester United (MUFC). Beliau yang baru saja berpindah dari Juventus adalah pemain termahal dunia ketika ini dengan nilai perpindahan £89.3 juta (€105 juta) dan bonus sebanyak €5 juta, melepasi nilai perpindahan pemegang rekod sebelum ini iaitu Gareth Bale ke Real Madrid.

Pogba bermain di posisi tengah (midfield) dan sangat berkesan dalam membantu serangan mahupun bertahan. Dengan fizikal yang agak besar dan skill yang menarik, ditambah pula usia beliau yang masih muda tidak hairanlah Paul Pogba sanggup dibeli oleh Man United dengan nilai yang begitu tinggi sekali.

Apa yang menarik tentang Paul Pogba adalah beliau sebenarnya adalah bekas pelatih remaja kelab Manchester United juga. Namun Sir Alex Ferguson (manager ketika itu) telah membuat kesilapan terbesar dalam karier gemilangnya sebagai pengurus United dengan melepaskan Paul Pogba ke kelab Juventus secara percuma. Namun kini Pogba telah kembali ke United dan berharap akan terus mengecapi kejayaan di bawah bimbingan pengurus baru, Jose Mourinho. #pogback

 

Biodata Ringkas Paul Pogba

  • Nama Penuh: Paul Labile Pogba
  • Nama Popular: Paul Pogba
  • Tarikh Lahir: 15 March 1993
  • Umur: 23 Tahun (2016)
  • Asal: Lagny-sur-Marne, France
  • Tinggi: 1.91 m (6 ft 3 in)
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Perancis
  • Pasukan Bolasepak Terkini : Manchester United FC dan Perancis
  • Debut:
    – Melakukan debut untuk kelab Manchester United dalam liga Premier League melawan Stoke City pada 31 Januari 2012, dengan menggantikan Javier Hernández pada minit ke-72.
    – Melakukan debut untuk pasukan kebangsaan France pada 22 Mac 2013 ketika 2014 World Cup qualifier melawan Georgia (Bermain selama 90 minit dan menang 3-1).
  • Posisi: Midfielder
  • No Jersey: 6
  • Sejarah Kelab Bolasepak:
    2011–2012: Manchester United
    2012–2016: Juventus
    2016–Kini: Manchester United
  • Paul Pogba Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Paul_Pogba

 

Gambar Wallpaper Paul Pogba

Paul Pogba Manchester United No6 Desktop Background Paul Pogba MUFC 2016 HD Wallpaper Paul Pogba Signature Man United FC High Quality Wallpaper High Resolution Paul Pogba MUFC 2016 Picture Images Paul Pogba In France Jersey Paul Pogba Latest Hairstyles

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: