Langgan newsletter kami!
Gambar Header Redza Rosli

Biodata Redza Rosli, Pelakon Seindah Takdir Cinta

Biarpun usia penglibatan Redza Rosli dalam arena seni hiburan masih hijau, namun boleh dikatakan beliau adalah antara wajah baharu yang semakin laris di kaca TV. Berwajah seiras penyanyi antarabangsa popular Zayn Malik, nama Redza Rosli bukan sahaja meniti di bibir peminat tempatan, bahkan menjadi buruan pengarah dan penerbit tanah air sejak kebelakangan ini.

Bakat lakonannya mula menyinar apabila diberi peluang meneraju watak utama dalam drama berantai popular berjudul Seindah Takdir Cinta bergandingan bersama Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli menerusi slot Akasia di TV3.

Jom kita berkenalan dengan pemuda kelahiran Subang Jaya, Selangor ini.

Biodata Redza Rosli

  • Nama Penuh: Ahmad Reza Rosli
  • Nama Komersil: Redza Rosli
  • Tarikh Lahir: 18 Mac 1992
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Zodiak: Pisces
  • Asal: Subang Jaya, Selangor
  • Keluarga: Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Kelab Peminat: RR Supernation FC
  • Drama: Amsyar, Seindah Takdir Cinta, Meh! Sandar Padaku, Di Pintu Syurga, M.A.I.D, Stella, Kamelia Katrina, Tanah Merah dan Puteri Bukan Nama Sebenar.
  • Telefilem: Anak Imam Argentina, Hantu Selfie, Hantu Welfie, Panggilan Subuh, Hantu Cinta Buta, Nama Aku Beng, Ustaz Baru Nak Start, Cikgu Dina Pakai Prada, Kalam Cinta dan banyak lagi.
  • Facebook: https://www.facebook.com/redzarosli92
  • Instagram: https://www.instagram.com/redzarosli
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Redza_Rosli

Fakta Menarik Tentang Redza Rosli

  1. Memulakan karier sebagai seorang pelakon pada tahun 2009 menerusi drama pertamanya Kamelia Katrina.
  2. Merupakan graduan rekaan dalaman dari Kolej SeGi.
  3. Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon cantik, Izreen Azminda.
  4. Pernah mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan selepas terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Utara-Selatan pada penghujung 2016 selepas tamat menjalani penggambaran drama Kak Marr di Perlis.
  5. Pandai bermain muzik seperti gitar dan sukakan muzik bergenre Jazz.
  6. Suka berehat dan lepak di rumah jika tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan atau majlis berkaitan.
  7. Jika ada masa terluang yang panjang, Redza suka menghadiri kelas lakonan teater dan bercita-cita untuk berlakon di pentas teater satu hari nanti.
  8. Pernah tercalon dalam Top 5 Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH29).
  9. Tidak merokok.
  10. Wajahnya turut dikatakan seiras bekas penyanyi berkumpulan antarabangsa, One Direction.
  11. Ciri-ciri gadis pilihan: seseorang yang memahami kerjaya, jujur, setia dan ihklas menerima Redza seadanya.

Gambar Pelakon Redza Rosli

Gambar Redza Rosli Selfie Bersama Peminat

Lagak Aksi Redza Rosli

Redza Rosli Bergaya Bersama Motosikal Besar

Redza Rosli Dan Zara Zya

Artis Badan Sado Redza Rosli Di Gym

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: