Langgan newsletter kami!
Gambar Riena Diana Berhijab

Biodata Riena Diana, Pelakon Cantik Finalis DFKL 2017

Siapakah sebenarnya pelakon cantik bernama Riena Diana ini? Kelibat gadis ini mula mencuri perhatian gara-gara lakonan beliau sebagai Dr Qhadeeja dalam drama yang viral sebelum ini iaitu drama Nur. Selain itu, Riena Diana juga pernah membintangi drama Dekatkan Jarak Kita dan Cinta Lemon Madu (2018).

Untuk rekod, bakat Riena Diana dicungkil melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 yang mana beliau merupakan finalis. Drama pertama lakonannya adalah Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang dibintangi oleh Raysha Rizrose, Azrel Ismail dan Idris Khan.

Terbaharu, Riena Diana telah muncul dalam drama berjudul Vila Ghazara yang disiarkan bermula 17 September 2018 di Slot Akasia TV3.

Biodata Riena Diana

  • Nama Penuh: Nur Qamarina Diana binti Zulreal
  • Nama Popular: Riena Diana
  • Tarikh Lahir: 3 September 1997
  • Umur: 21 tahun (2018)
  • Asal: Petaling Jaya, Selangor
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Pencapaian: Finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017
  • Drama: Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, Dekatkan Jarak Kita, Nur, Cinta Lemon Madu, Vila Ghazara
  • Instagram: @rienadiana_

Aksi Comel Riena Diana

Gambar Riena Diana Berhijab

Gaya Islamik Riena Diana

Riena Diana Bertudung

Riena Diana Dalam Drama Nur (BH)

Riena Diana Pelakon DFKL 2017

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: