Langgan newsletter kami!
Sabhi Saddi Poster

Biodata Sabhi Saddi, Artis Berbadan Sado Kelahiran Sabah

Kacak bergaya, berbadan sado dan berbakat besar. Itulah yang boleh penulis gambarkan tentang pemuda bernama Sabhi Saddi ini.

Berasal dari Sabah, figura tinggi lampai ini bukan sahaja berbakat dalam dunia lakonan malahan memiliki suara yang merdu. Lagu-lagu popularnya seperti Nadiku, Cinta Sesungguhnya dan Kisah Kita berjaya menawan selera peminat tempatan serta pernah menggungguli carta muzik di stesen-stesen radio kerajaan dan swasta tanah air.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan lebih dekat dengan artis serba boleh ini.

Biodata Sabhi Saddi

  • Nama Penuh: Sabhi Saddi
  • Nama Komersil: Sabhi Saddi
  • Tarikh Lahir: 4 September 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Asal: Sandakan, Sabah
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Pengacara dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Rosi Aswani Abdul Razak (31 Tahun)
  • Label Pengurusan: Laugh Out Loud Entertainment
  • Lagu: Nadiku, Percuma, Jalan Pulang, Gemerlapan, Cinta Sesungguhnya (duet bersama Marsha Milan), Tanpamu (duet bersama Helena) dan banyak lagi.
  • Drama/Telefilem: Bodyguard, Abang Sado Boleh Beres, Biar Aku Jadi Penunggu, Antara Cinta Laut China Selatan, Lalong, Walau Air Mata Darah, Isteriku Cikguku, Aku Ada Wali dan banyak lagi.
  • Filem: Klip 3gp
  • Facebook: facebook.com/sabhisaddi
  • Twitter: twitter.com/sabhisaddi84
  • Instagram: instagram.com/sabhisaddi
  • Wikipedia: ms.m.wikipedia.org/wiki/Sabhi_Saddi

Trivia Menarik Sabhi Saddi

  1. Jika ada masa terluang, Sabhi suka bermain bola, memancing dan bersenam di gimnasium.
  2. Lebih gemar terperap di rumah berbanding menghabiskan masa berjalan ke mana-mana jika tiada aktiviti melibatkan seni.
  3. Merupakan seorang yang pemalu terutamanya apabila berdepan dengan mana-mana wanita sehingga muka mengalami kemerah-merahan dibuatnya.
  4. Tidak cerewet dalam memilih makanan.
  5. Seorang yang sukakan kanak-kanak.
  6. Mengakui sukar untuk menghilangkan dialek Sabah terutamanya ketika berdialog dalam mana-mana drama mahupun telefilem.
  7. Sabhi mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2012 dengan gadis dari Pasir Mas, Kelantan dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
  8. Pernah berniaga makanan diet iaitu nasi ayam bakar.
  9. Sebelum bergerak solo, Sabhi pernah menyertai kumpulan hiphop iaitu Edsco bersama-sama Adam AF dan One Nation Emcess.
  10. Merakamkan single berjudul SAYANG GILER untuk OST filem KRU Studio, Cicakman 2 pada 2006.
  11. Boleh menari tarian hip hop, ballroom dan pelbagai jenis tarian moden.
  12. Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram.

Gambar Sabhi Saddi Dan Isteri

Gaya Abang Sado Sabhi Saddi

Sabhi Saddi Berbadan Sasa

Sabhi Saddi

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: