Langgan newsletter kami!
Gambar Shiha Zikir

Biodata Shiha Zikir, Laris Di Indonesia

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Pepatah Melayu itu barangkali signifikan dalam menterjemahkan peluang rezeki buat Naib Juara Mentor 5, Shiha Zikir yang semakin laris di Indonesia.

Semenjak menyertai program D’Academy Asia (DAA) di negara seberang, bakat nyanyian anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mula meraih perhatian dan menjadi kegilaan di sana. Namun begitu, anak didik kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini tidak sekali-kali melupakan peminatnya di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Shiha kini muncul dengan single duet terbaharu bersama De’Meises berjudul Jangan Bilang Siapa Siapa. Selain menyanyi, pelantun lagu Seperti Novel Cinta turut berbakat dalam lakonan dan pengacaraan. Jom kita berkenalan dengan penyanyi yang sering dikatakan seiras dengan Datuk Rossa ini.

 

Biodata Shiha Zikir

  • Nama Sebenar: Nurshiha Mohd Zikir
  • Nama Pentas: Shiha Zikir
  • Tarikh Lahir: 2 November 1987
  • Umur: 29 Tahun (2016)
  • Asal: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Keluarga: Anak bongsu daripada tiga adik beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi, Pelakon dan Pengacara
  • Lagu: Seperti Novel Cinta, Jangan Bilang Siapa Siapa, Bila Bertemu dan Jangan Lagi Jauh.
  • Drama: Abang Sado Kau Ado, Bujang Sepah Lalalitamplom, Sutun Raya, Gerak Khas dan Kilauan.
  • Host: Jalan-jalan Cari Makan dan Kaki Bola.
  • Twitter: @shihazikir87
  • Instagram: http://instagram.com/shihazikir/
  • Fan Club: Squad Rovers Shiha (SRS)

 

Trivia Menarik Tentang Shiha Zikir

  1. Suka gelak kuat-kuat tanpa sedar, peramah dan ‘easy going’.
  2. Kuat makan tetapi badan susuah nak naik.
  3. Suka bersenam, main boling, boxing dan kaki karaoke.
  4. Menyanyi sejak berusia 7 tahun lagi dengan mendendangkan lagu-lagu balada dan irama tradisional.
  5. Pencinta haiwan terutamanya kucing.
  6. Amat fobia dengan air kerana pernah beberapa kali lemas semasa kecil.
  7. Ciri-ciri lelaki idaman: seseorang yang memahami ilmu agama, berkulit putih, berbadan tegap dan gemar bersenam.
  8. Pernah mencuba nasib di Akademi Fantasia (AF) musim ketiga ketika berumur 18 tahun.
  9. Turut menjalankan bisnes atas talian iaitu kanta lekap berjenama ShihaLens.

Sumber: Akhbar 1SUARA

Gambar Shiha Zikir Comel D'ACADEMY ASIA (natural Beauty)

Shiha Zikir D'Academy Asia Wajah Mirip Rossa

Shiha Zikir Dan Peminat

Gambar Selfie Shiha Zikir

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: